Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Saya ingin memaklumkan mengenai kes rayuan Socso yang tidak memuaskan saya dari tahun 2002 hingga sekarang. Pada 2 Julai 2002 saya tergelincir dan jatuh di tempat kerja.

Selepas kemalangan itu saya sentiasa menghadapi sakit pinggang sampai malam tidak dapat tidur dan terpaksa mengambil rawatan di Hospital Sultan Aminah Johor Bahru dari tahun sehingga 2006.

Doktor pakar menasihati saya supaya tidak membuat kerja-kerja berat dan membuat imbasan di bahagian pinggang.

Pada tahun 2006 saya melaporkan kemalangan pada pihak Socso tetapi pihak itu mengabaikan kes ini kerana kilang tidak melaporkan kemalangan melibatkan saya.

Pada tahun 2007 saya mengalami kemalangan bencana kerja kali kedua. Akibat kemalangan ini badan saya tidak larat bekerja. Sebab itu terpaksa saya berhenti kerja pada tahun 2008.

Kehidupan harian saya terjejas teruk akibat kemalangan yang dihadapi. Saya berharap sangat pertolongan Socso untuk meneruskan kehidupan bersama isteri yang menghidap asma.

Saya mendapatkan laporan perubatan dari hospital pakar dan memajukannya kepada Socso. Selepas beberapa minggu, saya terima surat untuk pertemuan degan jemaah doktor dan keputusannya gagal. Setelah empat kali, keputusannya masih sama.

Atas nasihat kawan, saya berjumpa seorang YB dan beliau menghantar surat kepada menteri sumber manusia. Selepas beberapa bulan, saya terima sekali lagi panggilan untuk bertemu jemaah doktor tetapi tiada apa-apa keputusan daripada Socso.

|

Beberapa bulan kemudian, saya cukup umur 55 tahun dan terima panggilan telefon daripada pihak Socso menyatakan saya sudah cukup cukup umur dan kes saya tidak boleh dibuat apa-apa.

Bagaimanapun, dengan usaha sendiri, saya akhirnya menerima surat dari pejabat Socso menyatakan keputusannya lulus. Selepas potongan, daripada jumlah yang ditentukan oleh pegawai, saya diberikan RM43,000 sampai seumur hidup.

Adakah jumlah ini cukup untuk bersara seumur hidup saya dengan isteri?

Pihak Socso berkata, saya boleh memohon rayuan untuk keilatan. Seterusnya saya membuat rayuan tetapi keputusannya gagal.

Kalau setiap kali keputusannya gagal, kenapa Socso suruh saya membuat rayuan? Mereka tahu saya tidak larat membuat kerja tapi kenapa menyusahkan saya?

Saya amat memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan saya dan isteri saya. Saya harap BN dapat membantu. BN sentiasa menjalankan tanggungjawab yang jujur terhadap rakyat.

Dari umur 21 tahun hingga sekarang saya mengundi BN bukannya parti lain. Sebab kes-kes seperti saya, rakyat salah faham terhadap perdana menteri dan BN sebab ada kakitangan kerajaan tidak menjalankan tugasnya dengan jujur kepada rakyat.

Kalau pihak BN dapat membantu masalah seperti kes saya, masyarakat amat menghargainya.

Dalam kes saya, sebenarnya salah siapa? Nanti rakyat fikir BN tak betul, perdana menteri tak betul. Sepatutnya siapa yang tak betul?


Subramaniam boleh dihubungi di talian 016-7705274.

ADS