Jasa Ghani Minhat akan terpahat dalam sejarah

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Abdul Abdul Ghani Minhat, lagenda bola sepak negara yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini akibat komplikasi jantung.

Allahyarham merupakan bintang bola sepak tempatan yang mengharumkan dan mengangkat negeri Selangor sebagai pasukan bola sepak terulung di negara ini.

Dengan bimbingan selaku jurulatih, allahyarham berjaya melahirkan beberapa pemain tersohor termasuklah seorang lagi legenda bola sepak tempatan, allahyarham Mokhtar Dahari.

Allahyarham dianugerahkan gelaran Raja Bola oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada 1959 sebagai menghargai sumbangan beliau kepada negeri ini.

Jasa allahyarham kepada negeri Selangor dan persada bola sepak tempatan akan terus dikenang dan terpahat dalam sejarah arena bola sepak negara.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah.


TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM menteri besar Selangor.
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.