Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PKR berkabung atas pemergian Datuk Temenggong Kanang Langkau, askar negara yang sangat berwibawa dan seorang pejuang yang sebenar.

Kanang, anggota Batalion Kelapan Royal Rangers yang muncul dan melaungkan slogan perang Iban "Agi Idup Agi Ngelaban".

Beliau sanggup mempertaruhkan nyawa dan seorang anggota yang banyak melakukan sesuatu untuk memastikan Malaysia selamat.

Oleh kerana keberanian beliau dalam mengharungi kemelut bahaya, beliau dianugerahkan Seri Pahlawan Gagah Perkasa, Anugerah Keberanian Tertinggi Negara, dan Panglima Gagah Berani. Beliau tetap yang pertama dan satu-satunya insan yang dianugerahkan dua pingat.

Pemergian Kanang satu kehilangan besar kepada negara dan bukan sahaja dirasai oleh keluarganya tetapi juga masyarakat di Sarawak, di mana beliau adalah ketua masyarakat Iban Sri Aman.

Walaupun beliau sudah tiada, tetapi sumbangan beliau kepada negara tidak akan dilupakan.


SAIFUDDIN NASUTION setiausaha agung PKR. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini .

ADS