Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat
Pencalonan Anugerah Hak Asasi Manusia 2013 dibuka

Bersempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia pada 10 Disember, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suruhanjaya) mempelawa pencalonan awam bagi Anugerah Hak Asasi Manusia 2013.

Anugerah ini diperkenalkan oleh suruhanjaya sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan hak asasi manusia dan untuk memberi penghormatan kepada rakyat Malaysia yang cemerlang dalam kalangan individu, kumpulan, organisasi dan agensi-agensi atas sumbangan mereka terhadap hak asasi

manusia di Malaysia.

Penganugerahan ini memberi peluang bagi calon untuk bersaing dalam empat kategori iaitu, Anugerah Komuniti Individu, Anugerah Organisasi atau Kumpulan, Anugerah Media dan satu kategori baru, Anugerah Khas.

Bagi kategori yang baru diwujudkan adalah terbuka kepada agensi kerajaan atau badan berkanun atau syarikat berkaitan kerajaan serta entiti perniagaan swasta yang telah menunjukkan

amalan terbaik hak asasi manusia dalam pelaksanaan dasar dan peraturan, norma dan standard, penyampaian perkhidmatan atau pengurusan aktiviti perniagaan.

Suruhanjaya berharap agar kempen ini akan menggalakkan persefahaman dan sokongan di kalangan orang awam terhadap kerja pembela hak asasi manusia dan dalam masa yang sama, menggalakkan penyertaan aktif di kalangan pelbagai komuniti dan aktor masyarakat dalam bidang hak asasi manusia.

Pencalonan akan ditutup pada 31 Julai 2013 dan senarai pemenang akan diumumkan oleh Suruhanjaya pada bulan November melalui portal rasmi, disusuli dengan Majlis Penyampaian Anugerah pada 10 Disember.

Borang pencalonan dan maklumat tambahan mengenai Anugerah boleh diperolehi daripada portal rasmi Suruhanjaya di www.suhakam.org.my.


TAN SRI HASMY AGAM Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

ADS