Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pementasan teater Asmara Songsang pada 25 Mac telah menimbulkan kontroversi dalam kalangan mahasiswa UPSI.

Selaku salah seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan juga Ketua Mahasiswa Pendidik, saya merasakan bahawa teater tersebut tidak wajar untuk di pentaskan di universiti ini.

Hal ini demikian kerana, teater tersebut menyentuh beberapa isu sensitif antaranya politik selain dari aksi yang tidak senonoh turut di hidangkan yang tidak bertepatan dengan ciri-ciri bakal guru yang sedang di bentuk.

Untuk makluman, pementasan teater ini adalah kerjasama antara MPP, Jabatan Hal Ehwal khas (JASA) dan KARISMA. Saya di sini melahirkan keraguan mengenai penglibatan JASA yang mana umum sedia maklum apa itu JASA dan peranannya.

Dengan pembabitan JASA, tidak mustahil teater ini di jadikan medium oleh kerajaan Umno-BN untuk "membelasah" Pakatan Rakyat dan individu-individu tertentu lantas mendoktrin sentimen kebencian kepada gabungan itu.

Pada peringkat awal, teater ini tidak mendapat kelulusan atas sebab-sebab yang di rahsiakan. Akan tetapi pihak JHEPA tetap meluluskannya.

Hal ini jelas sekali menggambarkan bahawa JHEPA tidak bersikap profesional kerana membenarkan pementasan teater berbaur politik di jalankan di universiti.

Sepatutnya pihak pentadbiran universiti haruslah bersifat neutral dalam menjalankan tugas, bukan berpihak kepada mana-mana parti politik.

Saya yakin jika mahasiswa dari universiti lain mahu pun masyarakat luar yang menyaksikan teater tersebut pasti akan berasa jijik dengan adegan yang di tayangkan.

Saya berharap agar isu ini di pandang serius oleh semua pihak terutamanya JHEPA serta pentadbiran kerana ini bukanlah budaya universiti pendidik, tetapi ia ibarat budaya lorong-lorong gelap.

Sepatutnya JHEPA lebih peka dengan perkara-perkara sensitif dan persekitaran universiti sendiri.


Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

ADS