Duta Vatican hanya lakukan 'kerja rasminya'

Kami di AsSajjad Movement berasa hairan dengan sifat latah segelintir pihak terhadap Archbishop Joseph Salvador Marino.

Menurut Artikel 3 Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961, tugas seseorang Duta Besar atau Perwakilan Asing itu adalah antara lain untuk membela kepentingan 'warga negaranya'.

Dalam hal ini Archbishop Joseph Salvador Marino adalah wakil rasmi Pope Francis di Vatican atau dinamai sebagai Apostolic Nuncio to Malaysia.

Beliau juga adalah Titular Archbishop of Natchitoches, Apostolic Delegate to Brunei Darussalam dan Apostolic Nuncio to Timor-Leste (rujuk maklumat kedudukannya).

Apabila dikatakan seseorang Duta Besar itu juga mewakili dan membela kepentingan 'warga negaranya' kita akan bertanya, siapakah 'warga Vatican' dalam konteks ini?

'Warga Vatican' antara lain adalah pengamal, petugas dan penganut Kristian Roman Katolik yang bernaung di bawah Pope Francis; dalam kes beliau, ini termasuklah penganut Katolik yang berada di Malaysia, Brunei dan Timor Leste.

Ini bermakna tugas seorang Apostolic Nuncio juga adalah sebagai penghubung antara Holy See dan gereja Roman Katolik di negara atau rantau yang ia ditugaskan

Justeru Archbishop Joseph Salvador Marino hanyalah sekadar melakukan 'kerja rasminya' sebagai seorang 'Apostolic Nuncio to Malaysia' ketika ia mengatakan ia bersama penganut Katolik tempatan dalam usaha mereka untuk menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi perkataan "God".


HUSIN SAJJAD setiausaha agung AsSajjad Movement.
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.