Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seramai 14 pejuang Islam termasuk Ibrahim Libya telah syahid di medan demi mempertahankan Islam dan berpuluh yang lain ditahan serta dipenjarakan.

Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Yahya Junid dan Azahari Abd Razak.

Tetapi pihak kerajaan menuduh kematian pejuang-pejuang Islam ini bughah, iaitu penderhaka kepada pemerintah.

Tragedi Memali adalah sejarah hitam yang disorokkan kebenarannya.

Pejuang-pejuang Islam - yang gugur syahid ekoran mempertahankan hak mereka daripada ditangkap oleh kerajaan Malaysia pimpinan Umno-BN - dituduh dengan pelbagai label supaya pembunuhan ini dihalalkan.

Tegas beliau, sudahlah mereka dibunuh dengan kejam, Ibrahim Libya dan pengikutnya dituduh pula sebagai penjenayah, mengamal ajaran sesat, pelampau, komunis dan bughah.

Tuduhan-tuduhan ini kekal bersama sejarah dan seterusnya memberi kesan yang amat besar terhadap waris-waris as-syahid.

DYMM Tuanku Sultan Kedah telah memberi isyarat bahawa 14 rakyatnya yang terkorban itu bukanlah penjenayah apabila baginda sendiri mencemar duli menziarahi makam mereka di Parit Panjang dan menjiruskan air mawar di kuburan mereka.

Mustahil sekali seorang Sultan sudi mencemar duli untuk menziarah dan menjiruskan air mawar ke kubur seorang Ketua Penjenayah dan Ajaran Sesat.

Tetapi malangnya sesudah lebih 24 tahun lalu dan sesudah mahkamah membuat keputusan yang membuktikan mereka itu bukan penjenayah, ada pihak yang masih juga belum insaf dan belum lagi mahu menghormati keputusan itu.

PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab akhbar The Star atas artikel yang ditulis dan menggesa akhbar itu menarik balik serta memohon maaf kepada keluarga waris.

Jangan ada cubaan untuk cuba memutar belit fakta sebenar dan seharusnya sebagai media mereka bertanggungjawab dalam mengamalkan etika kewartawanan.


DATUK ABU BAKAR CHIK pengerusi Lajnah Pendidikan Pusat PAS.

ADS