Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Saya adalah peminat malaysiakini semenjak ianya ditubuhkan pada 1999. Banyak maklumat dan cerita tambahan yang tidak disiarkan oleh media massa, disiarkan oleh malaysiakini .

Pujian harus diberi kepada editor malaysiakini yang berusaha keras untuk menjadikan ianya telus walaupun mungkin ada berita yang tidak di sukai banyak pihak sama ada kerajaan ataupun pembangkang.

Saya ingin merujuk pandangan Gabriel yang mahu malaysiakini lebih sensitif supaya cerita-cerita yang tidak logik seperti cerita tahanan ISA, Saari Sungib tidak disiarkan.

Hujah Gabriel yang menyatakan kenyataan Saari Sungib seperti filem "James Bond" dan "ridiculous" adalah terlalu dangkal. Tiga hujahnya boleh dipatahkan oleh sesiapa sahaja yang membaca tulisan Gabriel.

Meneliti laporan Saari Sungib yang diberi kepada Suhakam bahawa wujudnya Pasukan Penyiasatan Persekutuan (FIT) di Malaysia serta beberapa dakwaan lain terhadap polis melambangkan ketelusan malaysiakini .

Di mana tidak logiknya cerita Saari Sungip itu. Bacalah kisah bekas tahanan lain seperti Said Zahari (Memoir Meniti Lautan Gelora ) atau Dr Syed Husin Ali ( Two Faces ) atau Lim Boh Siong (tahanan ISA paling lama).

Biarlah pihak polis yang membuat penafian dan memberi fakta-faktanya dan bukannya kita rakyat biasa yang membuat penafian bagi pihak polis.

Malaysiakini menjalankan tanggungjawab sebagai akhbar dan pemberi maklumat kepada seluruh rakyat Malaysia dan biar rakyat yang tentukan sama ada dakwaan ini benar atau tidak.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS