Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers
Adakah judi satu keperluan untuk orang bukan Islam?

Persoalan ini timbul gara-gara isu pemberian lesen perjudian untuk operasi mesin slot di Bukit Tinggi Pahang.

Menurut laporan, Menteri Besar Pahangm Datuk Adnan Yaakob berpendapat pemberian lesen perjudian tersebut bertujuan untuk mengkordinasikan pusat perjudian untuk orang bukan Islam, agar aktiviti perjudian tidak merebak ke kawasan lain

Berdasarkan kepada pendapat beliau itu, ia secara tidak langsung merumuskan bahawa perjudian merupakan keperluan kepada bukan Islam untuk terus hidup. Tanpa judi, orang bukan Islam tidak dapat hidup, berdasarkan definasi perkataan keperluan.

Bukankah Menteri Besar Pahang telah melakukan "dosa" besar apabila melabelkankan judi sebagai suatu keperluan kepada orang bukan Islam, sedang orang Islam sendiri sudah tahu berjudi itu hukumnya haram?

Alasan yang diberikan oleh Menteri Besar Pahang mencerminkan kekeringan modal politikus ala Malaysia Boleh.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS