Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Saya kecewa tidak pernah dalam sejarah, dari tahun 2002, Indeks Kebebasan Akhbar RSF di Malaysia terburuk di tangga 145 (2013) dan 147 (2014) melainkan ketika era kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Selemah-lemah Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri, Malaysia mencatat kedudukan di tangga 92 pada tahun 2006.

Kebebasan yang kita mahukan bukan secara mutlak. Ia mestilah berasaskan kepada nilai-nilai universal di samping menghormati tatasusila masyarakat di negara ini.

Oleh itu, para penggiat media mestilah bertanggungjawab dalam melapor dan menerang sesuatu isu dengan penuh beretika dan adil.

Malah, terdapat akhbar-akhbar yang dilihat sengaja mencetus sentimen perkauman dan fitnah tanpa sebarang pendakwaan daripada pihak polis.

Dalam seruan ke arah kebebasan akhbar dengan beretika, maka saya menggesa pihak kerajaan mengkaji semula kerelevanan permit penerbitan di bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 bagi mengelakkan birokrasi serta kenaan syarat yang keterlaluan.

Contohnya, sikap Kementerian Dalam Negeri yang bebas menggantung dan membatalkan permit penerbitan terhadap Harakah, Suara Keadilan, The Heat dan FZ Daily kerana sebab yang tidak munasabah.

Dalam hal ini, komuniti dan penggiat media atau akhbar harus membentuk kawanan yang ampuh untuk terus membebaskan diri daripada cengkaman politik dan berdiri teguh menyebar kebenaran tanpa takut.

Malah, saya setuju dengan cadangan untuk mengadakan Hari Media Kebangsaan yang dianjur serta diselia oleh mereka sendiri. Gubal ikrar integriti akhbar yang berwibawa dan adil.

Jika tiada perubahan ketara dalam pentadbiran Najib, saya jangka pilihan raya akan datang, kerusi BN akan terus merosot.

Kedua-dua plan transformasi tidak menatijahkan hasil yang bermakna sama seperti kegagalan aspirasi 1Malaysia dalam memupuk keharmonian nasional.

Apa lagi yang tinggal dalam demokrasi di Malaysia?  


IR KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN naib ketua Pemuda PAS.

ADS