Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Di Shah Alam, terdapat teksi yang dikenali sebagai Teksi Kenari atau nama 'glamernya', Teksi Umno. Ia digelar begitu kerana terdapat imej keris serta bendera merah putih di badannya yang seakan-akan lambang Umno.

Mengikut maklumat yang saya perolehi dari seorang pemandu teksi tersebut, ke-Umno-an teksi Kenari adalah lebih dari itu. Menurutnya, untuk mendapat permit teksi Kenari, seseorang itu haruslah merupakan ahli Umno dan mestilah menunjukkan nombor keahlian Umno.

Selain dari itu, antara syarat yang ditetapkan adalah untuk menampakkan imej Umno di badan teksi tersebut seperti gambar keris, bendera merah putih, serta hendaklah menampalkan sticker Umno dicermin hadapan atau belakang kereta.

Ada antara sticker Umno ini bertulisan 'Umno Kepala Batas' walaupun teksi ini hanya beroperasi di Shah Alam sahaja.

Pemandu-pemandu teksi Umno ini juga selalu mengadakan program mengelilingi Semenanjung Malaysia untuk berjumpa dengan pemimpin-pemimpin Umno seperti Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Besar Selangor Mohd Khir Toyo dan naib presiden Umno Muhammad Muhd Taib. Beliau juga mengaku bahawa beliau adalah orang Pak Lah.

Pihak UiTM pula, menerusi 'penyokong kuat Umno' Ibrahim Abu Shah yang selama ini tidak membenarkan teksi untuk memasuki kampus, telah membenarkan teksi Umno ini untuk beroperasi semula di UiTM.

Sedangkan dimasa yang sama, teksi proton berwarna merah putih dikhendaki berhenti di pondok pengawal untuk pemandunya menyerahkan kad pengenalan semasa menghantar pemumpang ke UiTM.

Saya diberitahu oleh pemandu teksi Umno tadi bahawa kebenaran tersebut diperolehi menerusi Muhammad Muhd Taib dan Mohd Khir dengan syarat mereka hendaklah mempamirkan pelekat Umno di cermin hadapan atau belakang kereta.

Di sini, kita dapat lihat betapa ' double standards' -nya pemimpin kerajaan di dalam menguatkuasakan peraturan. Kita tahu bahawa mana-mana teksi yang mempamirkan logo parti politik, terutama logo parti pembangkang akan ditarik balik permit teksi tersebut.

Tetapi didalam kes ini, teksi Kenari disyaratkan mempunyai imej Umno serta dimestikan dan dibenarkan mempamirkan logo Umno secara terang-terangan.

Selain dari itu, pihak UiTM yang mahukan pelajarnya tidak terlibat dengan politik kepartian juga bersikap ' double standard s' kerana membenarkan teksi Umno beroperasi secara bebas di dalam kawasan universiti dan pada masa yang sama mengenakan sekatan terhadap teksi proton merah putih biasa yang tidak mempamirkan logo mana-mana parti politik dengan mengehendaki pemandunya meninggalkan kad pengenalan di pondok pengawal.

ADS