Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Tulisan Abu Mubarak mengenai kedudukan PAS dalam menentukan dasar adalah agak aneh. Pertama, dimanakah kedudukan PAS sebenarnya? Mereka ingin melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan Terengganu tetapi tidak di negeri lain.

Ini bermakna jikalau PAS memerintah, beberapa negeri akan memotong tangan untuk pencuri manakala di negeri-negeri lain dikenakan hukum penjara. Ini agak meragukan dari segi pemerintahan yang berwibawa.

Adakah kebebasan bersuara dan kebebasan media dibenarkan di Malaysia? Maksud saya, lebih terbuka daripada sekarang ini. Sanggupkah PAS membenarkan persembahan pementasan teater yang mempersoalkan hukum hudud?

Persembahan konsert tidak di benarkan di negeri-negeri di bawah pemerintahan PAS, tetapi boleh pula diadakan di negeri-negeri lain? Kemudian PAS mungkin ditekan penyokongnya yang agak agresif untuk melaksanakan hukum yang sama di negeri-negeri lain. Jika tidak pemimpin PAS yang liberal mungkin dijatuhkan.

Yang merisaukan ialah adakah ini satu helah? PAS harus ikhlas dalam menentukan dasarnya. Undi yang diberi merupakan satu kuasa yang memerlukan pemimpin atau parti yang bertanggungjawab dan berwibawa. Jika ada dwi-standard, maka sukar untuk rakyat mempercayainya.

Keduanya pula, apakah arak, daging babi dan judi dibenarkan apabila PAS memerintah? Jikalau dibenarkan, bagaimanakah kerajaan pimpinan PAS mengasingkannya daripada pendapatan negara yang dikira haram ini? Bolehkah Injil diterjemahkan dalam bahasa Malaysia? Ini tentu akan menyebabkan masyarakat Islam menganggap PAS tidak menjaga kepentingan Islam di negara ini.

Manifesto PAS harus jelas dan realistik untuk difahami rakyat dan bukan ideologi sahaja. Mereka harus menerangkan secara terperinci bagaimana mereka akan memerintah Malaysia. Pengundi akan mengundi BA jika PAS sanggup menjamin kebebasan yang disebut tadi.

Atau adakah agenda untuk membentuk pemerintahan liberal Islam ala PAS? Jikalau begitu, terangkan apakah bentuk kerajaan Islam liberal tersebut. Jangan hanya bermain bayang-bayang.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS