Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemuda PAS Perak cukup bimbang dengan perkembangan setiap kali Warta Kerajaan Negeri Perak memaklumkan pembatalan Enakmen Rizab Tanah Melayu yang dikeluarkan.

Tanah seluas 14.67 hentar atau 36.25 ekar dalam Mukim Lumut Daerah Manjung di Rizab Tanah Melayu Telok Senangin yang diwartakan pembatalannya oleh Menteri Besar Negeri Perak pada 7 Mac 2013 yang lalu kini amat mencemaskan.

Kami bimbang pusat pelancongan di Lumut dan sekitarnya akan hilang entiti berikutan kerakusan dan tergadainya kawasan perhutanan yang dipelihara selama ini dibangunkan pembangunan yang tidak seimbang.

Sebelum ini di Kampung Teluk Rabiah, mukim Lumut daerah Manjung dan persekitarannya dicadangkan untuk tujuan pembangunan komersial di Rizab Tanah Melayu Teluk Rabiah seluas kira-kira 163 hektar pada 20 Julai 1989 yang lalu.

Pada masa itu juga, pada 28 April 2004 pula seluas kira-kira 89.83 hektar pula dibatalkan status rizab Melayu untuk tujuan yang lainnya.

Kami mendesak penjelasan daripada kerajaan negeri Perak atas keperluan apa yang menyebabkan status pembatalan tersebut di buat.

Kami amat meragui kekerapan pembatalan status rizab Tanah Melayu yang dilakukan oleh kerajaan negeri atas alasan pembangunan atau pelancongan atau yang terkini atas sebab perindustrian.

Bagi kami akan terhakisnya entiti Daerah Manjung sebagai salah satu kawasan alam sekitar yang cantik yang menarik ramai pelancong untuk hadir.

Kami akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk mendapatkan penjelasan dan melahirkan kebimbangan kami dengan suasana yang berlaku.


DR RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB ketua Pemuda PAS Perak.

ADS