Perubahan tergesa-gesa sistem pendidikan

comments     Jefferi Chang     Published     Updated

Cadangan untuk mengubah sistem pendidikan universiti yang dibangkitkan adalah satu keadaan yang biasa dalam bidang berkenaan. Sistem pendidikan di Malaysia akan berubah apabila berlaku perubahan dalam pentadbiran di peringkat kerajaan mahupun kementerian.

Perubahan tempoh pengajian yang dicadangkan itu, jelas membuktikan selama ini, sistem pendidikan kita belum cukup mantap dan sempurna. Sistem dwipengkhususan bagi membantu pelajar menimbah pengetahuan ini tidak dibuktikan berasaskan kepada kajian akademik.

Ia dilaksanakan di beberapa universiti seperti yang dinyatakan oleh Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Salleh Mohd Yasin di Utusan Malaysia (19 April 2004). Ia sememangnya satu keadaan realiti yang perlu diberi perhatian oleh pihak yang merancang sistem dan dasar pendidikan negara.

Namun, ia hanya menjadi salah satu bahan berita yang akan dilupakan ... sekadar melepaskan batuk di tangga. Malah, banyak pandangan mereka yang berpengalaman dalam bidang pendidikan telah diabaikan oleh kerajaan semasa merangka dasar dan sistem pendidikan negara.

Semasa kerajaan mengubah sistem pendidikan penggal kepada sistem pendidikan semester di universiti, banyak pihak membantahnya. Walaupun Malaysia mempunyai garispanduan pendidikan yang kukuh, namun ia tidak diamal dan dihayati oleh mereka yang mentadbir sistem pendidikan negara.

Ini menunjukkan perubahan sistem pendidikan di Malaysia dilaksanakan tergesa-gesa dan tidak mengambilkira kajian kesan jangka panjang yang dijalankan oleh mereka yang sememangnya pakar dan faham mengenai pendidikan dan pembelajaran di sini.

Adakah kerajaan sememangnya telah menjalankan kajian yang menyeluruh, berpandukan hasil data kajian dan bukan sekadar mencipta satu hasil kajian yang bertujuan menyokong pihak yang mempunyai kepentingan sendiri!

Penduduk Malaysia kini bukanlah penduduk yang sama semasa dijajah oleh British. Kebanyakan mereka mendapat pendidikan di luar negara atas usaha kerajaan sendiri yang menyediakan biasiswa dan tabung pinjaman Mara. Tahap intelektual mereka tidak patut dicabar dengan sekadar memberi satu alasan yang tidak kukuh dan lemah.

Sememangnya sistem pembelajaran di Malaysia sentiasa berubah-ubah. Dan yang menjadi mangsanya ialah pelajar dan mahasiswa yang tidak tahu menahu tujuan dan matlamat perubahan tersebut dibuat. Jika berlaku lagi perubahan, bermakna dasar diperkenalkan sebelum merupakan satu usaha yang sia-sia sahaja.

Oleh itu, sebuah panel yang dianggotai ahli akademik berpengalaman dan dihormati, perlu diwujudkan, bagi memantau arahtuju pendidikan negara. Kuasa merombak sistem pendidikan negara tidak boleh diserahkan kepada Menteri Pendidikan semata-mata.

Sekiranya beliau ingin melakukan perubahan, menteri pendidikan haruslah menyakinkan panel tersebut mengenai keberkesanannya dalam memberi manafaat kepada pelajar atau bakal menjejaskan lagi kualiti pendidikan negara.

Keep Malaysiakini independent!

Malaysiakini will be 18 this year. That we’ve survived this long is because of you.

Your support matters. A lot. Especially those who pay RM150 annually, RM288 biennially or RM388 triennially to keep Malaysiakini independent from government influence and corporate interests. Advertising alone will not keep Malaysiakini afloat.

Together, we’ve gone far. We’ve covered three prime ministers, four general elections, five Bersih rallies, and countless scandals. But the journey continues.

Help us deliver news and views that matter to Malaysians. Help us make a difference for Malaysia.

Support Malaysiakini



Malaysiakini
news and views that matter


Sign In