Pak Lah, semasa mengambil alih pemerintahan negara dari Dr Mahathir Mohamad, telah memberi jaminan bahwa beliau akan menentang rasuah habis-habisan hingga ke akar umbinya.
Begitu bersemangatnya beliau dan dua orang VIP telah menjadi 'mangsa' Pak Lah dan beliau memberi jaminan ramai lagi akan dihadapkan ke mahkamah.
Rakyat menunggu dengann penuh debar kerana Rais Yatim telah mengeluarkan kenyataan bahawa masih ada 18 orang lagi VIP yang sedang disiasat. Tidak lama selepas itu, pilihanraya umum diadakan dan rakyat memberi kemenangan bergaya kepada Barisan Nasional (BN), walaupun banyak keraguan yang timbul daripada pilihanraya tersebut.
Selepas sebulan pilihanraya, semuanya kembali macam biasa. Tidak ada lagi orang membicarakan pasal rasuah dan kes 18 VIP itu juga turut senyap kembali dan mungkin hanya akan muncul kembali September ini (pemilihan Umno).
Rakyat pula sudah lupa dengan apa yang diwar-warkan oleh Pak Lah. Dr Mahathir memang betul 'Melayu mudah lupa'.
