Tindak tanduk beberapa pemimpin Pemuda Umno menarik diri untuk bertanding jawatan naib ketua untuk memberi laluan kepada menantu Pak Lah, Khairy Jamaludin dengan sendiri menggambarkan bahawa pergerakan itu kini sudah kehilangan arah dan ketandusan kepimpinan yang saya lihat memang berlambak.
Sejak dulu, sebelum Khairy lahir, Pemuda Umno telah melahirkan banyak pemimpin dan saya hairan mengapa apabila seorang yang bernama Khairy menempa nama, bukan atas kebolehannya tetapi menumpang populariti Pak Lah maka Pemuda Umno sudah tidak nampak kebolehan pemuda-pemuda Umno lain yang telah lebih lama berjuang sebelum Khairy.
Sungguh pelik. Apa yang dilakukan exco Pemuda seperti Datuk Norza Zakaria? Norza dikatakan mendapat jawatan setiausaha politik Menteri Kewangan II atas pertolongan Khairy, maka Norza yang dilihat mempunyai peluang menjadi naib ketua, akhirnya menjadi seekor 'kucing belaan' dalam rumah.
Saya harap yang lain tidak jadi macam Norza. Azimi Daim mesti jadi anak jantan. Kepada Khairy, saya ingatkan kotakan kata-kata tidak hendak bertanding jawatan dalam parti. Jagalah imej Pak Lah yang lurus, jujur dan tidak bermain politik wang.
