• Antara faktor kekalahan BA
  • Whsnsj
  • 1089186485
  • Izinkan saya menghuraikan sedikit tentang faktorfaktor kekalahan teruk Barisan Alternatif (BA) dalam piliharaya umum yang lalu.

    Faktor utama ialah persaraan Dr Mahathir Mohamad dan penggantinya Pak Lah yang mempotretkan imej sederhana serta langkah-langkah awal beliau semasa memegang jawatan perdana menteri, iaitu dengan mendakwa di mahkamah tokoh korporat dan menteri atas tuduhan rasuah dan pecah amanah.

    Faktor kedua ialah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang nampaknya terlalu menyebelahi parti pemerintah. Peratusan keluar mengundi yang terlalu tinggi di kawasan panas, menyebabkan kekalahan tokoh-tokoh pembangkang. Secara puratanya, peratusan keluar mengundi pada pilihanraya umum tidak lebih daripada 75 peratus.

    Tetapi dalam pilihanraya kali ini, peratusan meningkat dengan begitu tinggi, bahkan di kawasan Parlimen Kuala Terengganu, peratusannya adalah 97.5 peratus dan angka ini adalah tidak munasabah. Hampir kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Kelantan dan Terengganu, menyaksikan peratusan pengundian melebihi 80 peratus.

    Faktor lain adalah kesilapan pemimpin-pemimpin tinggi PAS seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dalam mengeluarkan kenyataan semasa tempoh berkempen pilihanraya yang baru lalu.

    Kesilapan ketara Haji Hadi ialah dengan mengkritik keperibadiaan Pak Lah di mana beliau memperkecilkan Pak Lah mengimamkan sembahyang. Kenapa kita perlu memperkecilkan kebolehan seseorang walaupun niat dan keihklasannya tidak kita ketahui.

    Di dalam mengkritik Pak Lah, saya yakin berapa ramai pengundi atas pagar akan menyokong parti pemerintah. Manakala Nik Aziz pula dengan lantangnya mempersoalkan keimanan Dr Syed Hussin Ali dengan mengatakan parti Sosialis adalah sama dengan parti Komunis.

    Di dalam masyarakat majmuk pada hari ini, kita tidak boleh terlalu lantang mengkritik keperibadian seseorang kerana ianya akan 'makan diri sendiri'.

    Rancangan PAS untuk melaksanakan hukum Hudud juga adalah factor menyumbang kepada kekalahan BA. Sebagai orang Islam, kita tidak boleh mempersoalkan hukum Allah dan PAS telah sedaya upaya cuba untuk membawa hukum Hudud ini sebagai syariat di negara ini, tetapi bagi saya secara peribadinya, berpendapat tindakan PAS adalah terburu-buru.

    Kita telah merdeka sejak 1957 dan semenjak dari itu kita telah terikat dengan Perlembagaan yang digubal oleh Inggeris. Bayangkanlah berapa lama kita telah terikat dengan perlembagaan negara dan PAS pula, semenjak mendapat kuasa di Terengganu, cuba untuk menjalankan hukum Hudud.

    Bagi saya bukan sahaja orang bukan Islam yang takut, malah orang Islam sendiri pun merasa tidak pasti dan ini telah diburukkan lagi dengan propaganda media kerajaan yang saban hari cuba menakutkan orang bukan Islam.

    Faktor lain ialah tiadanya kerjasama di antara parti-parti pembangkang. Pilihanraya 1999 menyakiskan parti-parti pembangkang bersatu untuk menentang Barisan Nasional (BN) tetapi selepas itu, DAP telah keluar dari BA dan PAS pula terlalu yakin dengan sokongan yang bakal diraihnya walaupun tanpa sokongan DAP.

    Faktor ini telah menyumbang kepada kekalahan BA. Manakala DAP yang mana pemimpin-pemimpin besarnya dikatakan oleh PAS sebagai ubat yang telah habis tempoh, telah menang bergaya.

    • Keadilan: Khalid Jaafar terbukti kerja kuat
    • Biar Ezam terajui Keadilan
    • PAS tidak �dedahkan� keburukan Keadilan
    • Kursus IPTA: Keadilan untuk yang terpilih aje?
    • Keadilan a Trojan Horse for PAS