Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat

Kami amat bimbang kerana subjek Bahasa Cina dan Bahasa Tamil SPM tidak dikira dalam sistem merit bagi kemasukan ke Tingkatan Enam.

Sepatutnya, kerajaan kerajaan agar bersikap adil terhadap pendidikan bahasa ibunda semua kaum.

Menurut laporan Sin Chew Daily pada 1 Mei, mulai tahun ini subjek Bahasa Cina dan Bahasa Tamil tidak tersenarai dalam sistem merit bagi kemasukan ke prauniversiti.

Walau bagaimanapun, mata pelajaran bahasa lain seperti Bahasa Arab, Iban, Kadazan Dusun, dan sebagainya masih tersenarai dalam syarat itu.

Sepatutnya, kerajaan kerajaan agar bersikap adil terhadap pendidikan bahasa ibunda semua kaum.

Kami percaya bahawa Bahasa Cina dan Bahasa Tamil seharusnya memiliki kedudukan yang sama dengan bahasa lain.

Perkara 152 dalam Perlembagaan menetapkan bahawa “tiada apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.”

Hal ini jelas menunjukkan bahawa ketidaksamarataan masih wujud dalam sistem pendidikan di negara kita.

Kami ingin mendapat penjelasan daripada Kementerian Pendidikan atas pelaksanaan sistem merit dwistandard ini.

Adakah ini menunjukkan bahawa Kementerian Pelajaran tidak mengakui kedudukan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sebagai subjek bahasa ibunda dalam peperiksaan?

Seperkara lagi, perkembangan ini akan menyebabkan para pelajar tidak berminat untuk mempelajari Bahasa Cina dan Tamil.

Penyingkiran dua subjek ini dari senarai tersebut juga akan menjejaskan jumlah pensyarah bahasa ibunda dan mutu pengajarannya.

Maka, pengembangan bahasa ibunda, yang sepatutnya merupakan hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia, akan semakin tersekat.

Oleh itu, kami mengutuk para pegawai Kementerian Pelajaran atas prinsip ketidaksamarataan yang diamalkan terhadap pendidikan Bahasa ibunda.

Kami juga serta menyeru pihak berkuasa agar membetulkan perkara ini dengan segera. Pendidikan bahasa ibunda pelbagai kaum mestilah mendapat layanan yang adil dan saksama.


CHUA HUN CI adalah bendahari kepada pertubuhan siswa UMANY. Kenyataan ini antara lainnya turut disokong PMUM dan PBCUM.

Lihat Komen
ADS