Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

DAP Sabah cadang empat langkah pasca bencana termasuk menyerap malim gunung ke jawatan tetap dengan gaji minimum RM3,000.

Pertamanya saya mewakili DAP Sabah mengucapkan  takziah kepada seluruh mangsa gempa bumi yang berlaku pada 5 Jun lalu. Ini adalah gempa bumi paling kuat pernah melanda Sabah hingga telah mengorbankan nyawa. Kami amat berdukacita.

DAP Sabah juga inginmenguapkan jutaan terima kasih kepada seluruh anggota pasukan keselamatan dan kepada semua sukarelawan, malim gunung yang membantu operasi menyelamat. Malah, mereka lebih cekap dari agensi penyelamat kita.

Dalam operasi menyelamat, kita melihat wujud kelemahan jentera kerajaan seperti kelewatan menyampaikan bantuan dan sebagainya. Justeru, saya ingin menyeru kerajaan supaya tingkatkan kecekapan pasukan menyelamat di puncak Gunung Kinabalu.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan Sabah untuk menyerap malim-malim gunung kepada jawatan tetap dengan gaji minimum sebanyak RM3,000 dengan peruntukan yang juga diberikan oleh kerajaan persekutuan.

Saya juga mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan sebuah Unit Kaunseling bertujuan untuk memberi sokongan phikologi kepada mangsa dan penduduk sekitar yang trauma.

Selain itu, sebuah Unit Pendidikan Bencana perlu ditubuh yang bertujuan memberi pengetahuan dan latihan kepada masyarakat terutamanya kanak-kanak. Dengan ini, rakyat akan lebih bersedia dan tahu apa yang mau dilakukan jika berlaku bencana.

Semasa lawatan saya ke Kundasang dan Ranau pada 7 Jun baru-baru ini, terdapat banyak bangunan rosak seperti sekolah, premis perniagaan, masjid, kuarters kerajaan dan rumah orang awam.

Saya harap kerajaan akan memberi bantuan segera untuk menampung kos kerosakan mereka yang terlibat serta membina semula bangunan tersebut kerana sudah tidak selamat.

Saya, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Pulau Pinang yang segera memberikan bantuan dana sebanyak RM100,000 kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat. Begitu juga dengan kerajaan Selangor dan Sarawak.


JIMMY WONG MP Kota Kinabalu.

Lihat Komen
ADS