Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat

MPN sebelum ini mendesak agar kerajaan Malaysia memfailkan injunksi bagi menghalang Wall Street Journal (WSJ) daripada terus menyiarkan artikel mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan dakwaan pemindahan wang RM2.6 bilion dari 1Malaysia Develoment Berhad (1MDB).

Ini tidak lain daripada kenyataan untuk mempertahankan perdana menteri semata-mata.

Adalah lebih baik sebuah badan profesor yang mengangkat nilai intelektual mendesak Datuk Seri Najib Razak menjawab segala pertuduhan segera dengan bukti yang kukuh dan failkan saman sekiranya perdana menteri berada di pihak yang benar.

Malah, mereka sepatutnya menekan Perdana Menteri untuk mengambil cuti sementara kes ini disiasat.

Edward Said menyatakan bahawa peranan para intelektual adalah untuk segera hadir dalam masyarakat untuk menegakkan kebenaran, memberikan panduan dan lampu petunjuk kehidupan.

Kita wajib menuju ke hadapan meninggalkan kaedah kawalan dan penapisan dengan memilih jalan pendidikan. Lebih baik memberi ilmu dan melatih rakyat berfikir dari cuba mengawal sumber bacaan rakyat yang pastinya akan terus gagal di zaman Internet ini.

Majlis Profesor Negara harus terus maju ke hadapan dan jangan terus mundur ketinggalan zaman seperti katak bawah tempurung.


MOHD AMMAR ATAN presiden Gabungan Merdeka Rakyat.

Lihat Komen
ADS