Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Banyak yang telah diulas mengenai ucapan kawan kita , Badruddin Amiruldin. Secara peribadi sebagai seorang Muslim dan Melayu, saya merasa malu dan risau dengan orang macam ini.

Malu sebab dia bercakap macam 'meludah ke langit'. Masalahnya, ludah tu jatuh bukan ke muka dia seorang tetapi banyak kepada muka yang lain. Risau sebab ianya mungkin mencerminkan pemikiran kuno yang masih ada di kalangan pemimpin Umno.

Badruddin melambangkan sikap yang langsung tidak bertolak ansur - radikal tak tentu pasal. Entah angin mana yang bertiup sampai dia boleh mengeluarkan kata-kata sedemikian.

Alangkah lebih baik Badruddin menggunakan suara lantang beliau untuk mengingatkan orang Melayu bahawa lebih separuh jumlah penagih dadah adalah kaum kita sendiri.

Jangan hendak menyalahkan media atau pengaruh budaya asing sebagai punca keruntuhan moral ataupun penghalang kemajuan Melayu. Itu adalah kenyataan orang yang tidak mempunyai keyakinan diri sendiri.

Bila anak tidak mahu dengar perintah suruh balik sebelum senja, dikatakan nanti ada hantu di luar. Memang anak tu akan balik, bukan kerana menghormati ibubapa, tetapi kerana takutkan hantu.

Badruddin tergolong dalam orang sebegini. Takut pada benda yang dia tidak pasti dan menakutkan orang untuk mencapai sesuatu.

Perhimpunan agung Umno yang baru lepas sepatutnya dijadikan pentas untuk mengingatkan diri Melayu kita sendiri - bukannya hendak melalak tidak tentu pasal. Ianya peluang untuk berkongsi kejayaan, kegagalan dan pengalaman.

Untuk maju, kita perlu bersikap kritikal ke atas diri sendiri dulu. Tetapi untuk terus jadi 'Tuan', sila teruskan menyokong Badruddin dan idealisma beliau. Sekali sekala dapat mikrofon, inilah jadinya.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS