Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Beberapa penulisan di malaysiakini mempersoal tentang pernyataan Timbalan Presiden PAS , Haji Hassan Shukri seorang senator (tiket Terengganu), 'ulama' lulusan universiti Baghdad, penyumbang tenaga untuk hukum hudud dan negara Islam Malaysia mengenai kebebasan Anwar Ibrahim. Hassan antara lain berkata :

'Kita jangan terlaju dalam menerajui isu Anwar kerana jika diteliti secara betul-betul tuduhan ke atas Anwar, dia tetap bersalah, cuma keraguan berlaku tentang tarikh kejadian. Sebab itu dia (Anwar) terlepas. Jika mahkamah bertindak semula, ini akan mengaibkan PAS.'

Kami dengan beberapa kawan yang beragama Islam, terutamanya yang mengikuti proses pembentukan negara Islam dengan perkenalan perlembagaan dan hukuman hudud, ingin tahu jawapan untuk beberapa pertanyaan, antaranya:

  1. Apa pandangan Haji Hassan Shukri tentang kedudukan badan kehakiman Malaysia dari segi Islam (Ahlussunnah wa-ljamaah) dan PAS, terutama jika terdapat perbezaan 'fahaman' Islam dalam PAS?

  • Apa dasar hukum-hakam mengenai tuduhan zina termasuk bab liwat? Ini termasuk semua sudut: kewibawaan hakim, tuduhan, penduduh, pembela, saksi dan juga kewibawan tiga badan tria-politica negara terpenting?
  • Apakah Haji Hassan Shukri ini secara peribadi berfahaman 'sekular' yang dibentuk oleh tingkahlaku politik atau ada unsur 'mendapat keuntungan daripadanya'?
  • Apakah Haji Hassan Shukri mengikuti dan membaca semua penulisan pihak pembela, baik ia disebut di mahkamah dan juga di luar mahkamah?
  • Apakah beliau memberi 'ketentuan' dengan menolak pembelaan Anwar dan dengan demikian memperlihatkan kehebatannya sebagai seorang 'hakim Islam' dalam PAS atau itukah bayangan bentuk badan kehakiman dalam negara Islam yang PAS/beliau perjuangkan selama ini?
  • Pendek kata, jika beliau sebagai pemimpin atau hakim atau peguam di dalam 'negara Islam Malaysia perjuangan PAS', maka segala keterangan pihak penuduh/pendakwa yang demikian rupa latarbelakang mereka dapat diterima pakai?
  • Apakah beliau menolak semua buku dan penulisan tentang pembelaan terhadap Anwar yang ditulis anatara lain oleh Presiden PAS, Tuan Haji Abdul Hadi Awang, penulisan dalam Harakah dan lain-lainnya?
  • Apakah Haji Hassan Shukri sanggup dibelasah 80 kali bersama dengan penuduh/pendakwa dengan pendokongnya dan mereka yang menyokongnya kelak di akhirat (mungkin di dunia lagi ada kifarat secara jasmani atau rohani. Allah Yang Mengetahui) kerana tidak memberikan bukti empat saksi berwibawa dalam tuduhan berkenaan?
  • Allah lebih mengetahui apa yang ditentukan hambaNya. Sebab Allah memperingatkan bahawa jika sesuatu yang bathil atau tidak benar itu (orang atau kumpulan), Allah menarik (sedikit) unsur 'kebijaksaan' mereka.

    Jadi, jika tuduhan seperti yang dilarang Allah itu diserupakan 'gading' terbaik, tetapi gading mana yang tidak retak?

    ADS