Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Saya berasa sedih ketika membaca tulisan Kelantan71 dalam malaysiakini . Beliau seolah-olah menidakkan usaha yang di buat oleh Dewan Pemuda PAS (DPP) untuk menarik golongan muda kepada parti kerana dia tidak bersetuju Pemuda PAS mengadakan konsert di taman Melewar.

Antara sebab musabab dia tidak setuju ialah mengenai peralatan muzik yang dimainkan dalam konsert, suasana bising yang boleh menggangu persekitaran dan penggunaan pentas, yang kononnya begitu 'nostalgia' kepada dia (penyokong PAS).

Mengapa masih ada lagi ahli parti berfikiran sebegitu di alaf baru ini? Tahniah kepada kepimpinan DPP kerana berjaya menganjurkan konsert, walaupun tidak sehebat konsert Reunion Akademi Fantasia 2.

Setidak-tidaknya, DPP berjaya memecahkan belengu jumud yang masih lagi bersarang di fikrah ahli-ahli PAS. Mungkin ada benarnya juga kata Kelantan71 bahawa kawasan Taman Melewar di kelilingi oleh kawasan perumahan.

Tetapi tidak semestinya konsert itu menggangu penduduk dengan bunyi bising, bukannya DPP menjemput artis seperti Too Phat, Search atau Mas Idayu.

Sudah tentulah DPP menjemput kumpulan nasyid ataupun kumpulan marhaban atau berzanji. Bukankah itu sedap di dengar? Sekali-sekala kita ini perlukan juga sedikit hiburan dan bagi kita sebagai orang Islam, hiburan seperti ini sudah memadai.

Jangan marah kalau saya katakan, konsert seperti itu lebih baik daripada majlis penerangan atau ceramah agama yang kerap kali dianjurkan di situ, di mana setiap kali ceramah diadakan, pasti akan ada sesi kutuk-mengutuk, maki-memaki sesama Islam.

Dan tidak semua penceramah PAS bersuara lunak seperti Ustaz Akil Hayy. Tidak semua yang bersuara merdu seperti Tuan Guru kita. Tidak kerterlaluan saya katakan ada juga penceramah yang pendengar sendiri tidak faham biji butir apa yang diceramahkan.

Kelantan71 ada menyatakan mengenai alat muzik yang di gunakan seperti gitar. Semua orang tahu yang hukumnya masih lagi diperdebat dan dibincangkan oleh para ulama. Jadi semasa hukumnya masih kabur, apa salahnya kita halalkannya sekejap? Nanti bila sudah tahu hukumnya haramnya, barulah dicari alternatif lain.

Mengenai 'harmonica' pula, saya bersependapat dengan Kelantan71. Itu mungkin kesilapan teknikal DPP sahaja. Tidak timbul cerita pentas yang digunakan itu ada 'nostalgia'-nya atau tidak. Lagi 'nostalgia' tempat itu, lagi bagus.

Saya amat berharap DPP jangan lentur semangat untuk membuat sedikitperubahan dalam hala tuju politik PAS. Teruskan usaha itu dan buatlah berberapa pungutan pendapat mengenai 'program' tersebut.

Pastikan pendapat itu ditanya kepada mereka yang tidak jumud dan taksub, untuk memerdekakan fikrah orang-orang kita yang selama ini dilihat jumud dan taksub. Biarkan orang-orang itu jadi begitu, kerana merekalah yang menjadi punca PAS masih lagi pembangkang di usia 50 tahun ini.

ADS