Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Saya amat tertarik dengan hujah-hujah yang dilemparkan oleh Kelantan71 dalam mempertahan markas PAS daripada menjadi tempat bernasyid atau berkonsert.

Saya merupakan seorang ahli professional yang menyokong dasar perjuangan PAS. Bagi saya, tindakan PAS mengeksperimen konsert tersebut, patut dipuji dalam usaha menyediakan hiburan alternatif kepada muda-mudi Islam.

Sama seperti tindakan mereka mendidik penonton apabila tidak mengadakan demonstrasi ketika konsert Scorpion lepas menunjukkan kematangan PAS dalam menangani masalah sosial negara.

Namun tindakan Kelantan71 memperbesarkan isu konsert tersebut di malaysiakini bukan Harakah , di samping hujah-hujah logik beliau persis Astora Jabat, menimbulkan persoalan di benak saya.

Konsert yang mendapat restu Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi tidak patut dipersoal hukum-hakamnya. Tuan Guru adalah seorang yang amat tegas dalam memperjuang dan melaksanakan daulah Islamiah.

Bahkan, tiada satupun pendapat yang mengharam konsert tersebut yang saya dengari datangnya dari ulamak-ulamak Persatuan Ulama Malaysia (kecuali Konsert Sure Heboh) maupun ulamak-ulamak PAS sendiri. Hujah cetek Kelantan71 hanya merupakan pendapat dengkil beliau yang cuba menyukat perpaduan ahli-ahli PAS.

Selebihnya, tindakan Kelantan71 mengait pula saudara Anwar Ibrahim dengan hobi menyanyi dalam artikelnya, menambah kesangsian motif tulisan beliau.

Ahli-ahli PAS hari ini terdiri daripada perbagai pola masyarakat, pelbagai bangsa dan budaya. PAS harus meneruskan, sambil memperbaiki konsert alternatif, dalam menyampaikan dakwah sepertimana pernah dieksperimen oleh wali-wali songo di Sumatra.

Sesungguhnya ahli-ahli PAS mempunyai agenda lain yang lebih besar daripada mempersoal haram halal konsert seperti ini. Selamat tinggal Kelantan71.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS