Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat

ULASAN Saya merujuk kepada jawapan kerajaan negeri berhubung prestasi syarikat yang diusahakannya, Pahang Technology Resources (PTR).

Laporan audit mengesahkan bahawa PTR telah mencatat kerugian untuk lima tahun berturut-turut, dan jumlah kerugian terkumpul telah meningkat kepada RM2.12 juta.

Malah, pelbagai cadangan projek seperti pengeluaran sel stem dan tenaga solar gagal menghidupkan semula syarikat tersebut.

Malahan, menteri besar sendiri telah mengesahkan bahawa PTR sekarang terpaksa mencebur diri dalam bidang penanaman kelapa sawit.

Adakah itu satu pencapaian ataupun kegagalan? Bolehkah kita menyifatkan PTR sebagai satu pelaburan sakit?

Dengan rekod buruk yang ada, sekarang PTR terlibat pula dalam projek teknologi hijau melalui sistem penguraian sisa pepejal Pahang yang bernilai RM500 juta.

Kerajaan Pahang telah memberikan tanah seluas 216.9 ekar di Ulu Luit kepada PTR untuk menjayakan projek itu.

Saya jangka rakyat tidak akan yakin dengan usaha tersebut melainkan satu kertas putih dibentangkan dalam dewan atas kegagalan PTR selama ini.

PTR merupakan pusat sehenti untuk pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di negeri Pahang.

Mengapa syarikat itu kini terpaksa menceburkan diri dalam bidang sawit? Bolehkah kita menyifatkan PTR sebagai satu projek sakit?

Sebagai kerajaan yang telus dan bertanggugjawab, menteri besar selaku pengerusi PTR harus menerangkan mengapakah PTR tidak berjaya sehingga membazirkan berjuta-juta wang rakyat Pahang.


LEE CHEAN CHUNG ADUN Semambu, Pahang.

Lihat Komen
ADS