Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

PAS nampaknya seperti semakin lari dari perjuangan Islam kerana terus-terusan mementingkan strata kemegahan mereka, terutama di Kelantan, kerana mereka terus meluluskan pembelian kereta rasmi Mercedes walaupun rata-rata ahli membantah pembeliannya sehingga dibangkitkan ketika Munaqashah Ucapan Dasar Presiden PAS yang baru lalu.

Penulis tidak hairan dengan apa yang telah melanda PAS ini kerana sejarah terdahulu umat Islam telah memperlihatkan perilaku seperti itu.

Misalnya, Khalifah Uthman Bin Affan, ketika meneraju tampuk kepimpinan umat Islam, telah melebarluaskan fahaman kronisma dan nepotisma apabila membahagikan kekayaan negara secara tidak adil dengan mengutamakan keturunannya Bani Umayyah sehinggakan bani tersebut hidup mewah di atas air mata penduduk Islam yang lain.

Perkara ini telah ditegur oleh Abu Dzar al-Ghifari tetapi ditolak oleh Uthman dan mengarahkan Abu Dzar dibuang daerah dan akhirnya beliau wafat keseorangan kerana menuntut kebenaran.

Seterusnya Bani Umayyah ini terus menerajui tampuk pemerintahan umat Islam selepas kejatuhan pimpinan Saidina Hassan Bin Ali dengan cara yang sama dengan Khalifah Uthman.

Penulis amat bimbang senario yang dibentangkan oleh sejarah ini, berulang kembali terjadi terhadap parti yang melaung-laungkan perjuangan untuk menegakkan negara Islam.

Senario 'hubbud dunya' (cintakan dunia) yang melanda PAS ini perlukan reformasi segera oleh pasukan reformis dalaman parti sebelum parti ini berkubur dan digantikan dengan parti Islam lain yang lebih tulen.

ADS