Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Saya telah mengikuti perkembangan kes tangkapan oleh Jawi terhadap pengunjung sebuah kelab malam dengan penuh rasa kesyukuran kerana akhirnya terbongkar juga salahlaku dan penganiayaan pegawai penguatkuasa jabatan tersebut.

Selama ini, tindakan mereka dianggap sebagai menjalankan tugas untuk membanteras maksiat dan kelakuan tidak senonoh rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Namun tidak ramai yang tahu salahlaku dan penganiayaan pegawai penguatkuasa Jawi sudah lama berlaku terhadap golongan Mak Nyah. Tetapi disebabkan ia berlaku terhadap 'orang-orang tertentu' dan disiarkan dalam media, maka barulah salahlaku peagawi Jawi mendapat perhatian umum.

Sebenarnya, operasi tangkapan terhadap golongan Mak Nyah oleh pihak Jawi telah mula aktif pada era 90an lagi. Oleh itu, bayangkanlah macamana keadaan yang dilalui dan dialami oleh golongan Mak Nyah, kalau dibandingkan dengan keadaan yang dilalui oleh pengunjung kelab malam tersebut.

Kalau ditanya kepada beratus-ratus Mak Nyah yang pernah ditangkap Jawi, mungkin pihak umum tidak percaya apa yang mereka ceritakan. Kejadian yang menimpa golongan Mak Nyah yang diperlakukan sedemikian rupa amat menyedihkan kepada saya sebagai Mak Nyah yang beragama Islam. Tiada siapa yang mahu mendengar atau membawa perkara tersebut ke tengah.

Lagipun, apalah kuasa dan hak yang ada pada golongan Mak Nyah yang awal-awal lagi sudah dihukum sebagai tidak 'normal', melanggar peraturan sejagat, golongan yang Nabi tidak mengaku umat-Nya dan entah pelbagai lagi 'label' dan panggilan.

ADS