Most Read
Most Commented
Read more like this

Sepanjang mengikuti kuliah agama yang dianjurkan oleh PAS Perlis terutamanya oleh Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin; Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Ahmad Ali dan Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Zulkarnain saya dapati ianya hanya berkisar tentang ilmu Tauhid dan Tafsir, tanpa disentuh mengenai perkara-perkara yang terdapat dalam Fekah.

Jadi, jelasnya di sini, ustaz-ustaz dalam PAS tidak pandai menghuraikan tentang ilmu Fekah, sedangkan waqi' atau realiti semasa dan hukum sentiasa berubah mengikut peredaran zaman yang amat pantas berlaku dalam dunia globalisasi masakini.

Maknanya, Islam Hadhari yang cuba dibawa oleh Pak Lah adalah Islam yang 'universal' dan 'global' dalam melihat skop Islam secara bertamadun, yang bersandarkan kepada penulisan agung tokoh-tokoh Islam masa lampau dan kontemporari seperti Dr Yusuf Qardawi.

Justeru, tidak salah sekiranya kita mengatakan bahawa ustaz dan ulama dalam PAS sekarang masih berfikiran ortodok kerana tidak menjiwai suasana masakini.

Di saat Pak Lah melalui Islam Hadhari cuba membawa kemajuan kepada generasi masakini dan yang akan datang, dengan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, setanding dengan Barat, PAS pula berusaha membawa rakyat berpatah balik ke zaman kuno, seolah-olah mengajak rakyat menaiki unta, sedangkan dewasa ini kita sedang menyediakan kepakaran untuk mencipta roket naik ke bulan.

Maka kuliah-kuliah pengajian agama PAS diharap dapat diadunkan supaya bergerak selari dengan Islam Hadhari demi mencapai ketamadunan bangsa yang tiada tolok bandingnya.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS