Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat

Sisters in Islam (SIS) mengalu-alukan pelantikan dua hakim wanita di Mahkamah Tinggi Syariah yang bersejarah dan juga pelantikan tujuh lagi hakim wanita di Mahkamah Rendah Syariah di Selangor.

SIS melihat pelantikan hakim wanita ini sebagai titik permulaan Mahkamah Syariah ke arah penambahbaikan pentadbiran untuk lebih adil gender.

Pelantikan wanita sebagai hakim di Mahkamah Tinggi adalah selaras dengan prinsip kesetaraan yang disebut dalam al-Quran, surah at-Taubah (9:71) yang menyatakan bahawa lelaki dan wanita adalah awliyya (pelindung atau penjaga) antara satu sama lain.

Terdapat juga beberapa pandangan peribadi ahli fekah seperti at-Tabari dan Ibn Hazm yang menyatakan bahawa asalkan wanita mempunyai kelayakan yang diperlukan, mereka boleh menjadi hakim bagi semua jenis kes, tanpa sebarang pengecualian.

Pada zaman yang bilangan wanita menuntut pendidikan tinggi semakin meningkat dan wanita juga sudah mempunyai kelayakan sama taraf dengan lelaki untuk memimpin, sudah tiba masanya untuk Malaysia melantik hakim wanita di Mahkamah Tinggi Syariah.

Tambahan itu, pelantikan bersejarah ini juga menunjukkan komitmen Malaysia terhadap Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).

Ini terutama sekali Artikel 7(b) yang menuntut kerajaan untuk memastikan bahawa wanita turut serta dalam penggubalan dasar-dasar kerajaan dan pelaksanaannya, serta memegang jawatan awam dan melaksanakan semua tugasan awam pada setiap peringkat kerajaan.

Lihat Komen
ADS