Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Keresahan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sememangnya diakui apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) - tanpa berselindung - memberikan sokongan dan restunya kepada pencalonan sahabat karibnya Paul Wolfowitz sebagai presiden Bank Dunia.

Sebagai ikon yang masih melekat dengan perjuangan rakyat, Syed Husin Ali tentunya dalam keadaan kurang selesa apabila memikirkan Bank Dunia yang sepatutnya berfungsi membantu negara-negara dan rakyat miskin, berada di tangan seorang yang sangat jelas cita-cita politiknya.

Sebab itulah, beliau belum bersedia memberikan pandangannya berkaitan sokongan itu. Dari segi agama, sebagaimana yang saya baca dalam buku berjudul Gerakan Freemason , nampaknya restu yang diberikan DSAI kepada pencalonan Wolfowitz kurang kena pada tempatnya.

Pastinya, seperti Hishamuddin Rais , saya yakin kita semua boleh membezakan Yahudi sebagai bangsa dan Zionisme sebagai satu gerakan zalim. Wolfowitz lebih jelas seorang Zionis, bukan sekadar Yahudi.

Buku tersebut mengutip pandangan ulama-ulama Universiti Azhar al-Sharif yang menghukumkan haram kepada sesiapa yang menyokong gerakan berkenaan.

Manakala persidangan ulama Mekah pada tahun 1987 sampai menghukum kafir kepada sesiapa yang membantu gerakan tersebut secara langsung. Dalam hal ini, sukar bagi saya meletakkan taraf sokongan dan restu DSAI itu, sama ada pertolongan langsung mahu pun tak langsung. Tetapi, hukumnya jatuh sekurang-kurangnya haram sebagaimana kutipan buku tersebut.

Sebagai ahli PAS, tentulah hal ini sungguh kurang menyenangkan, mengenangkan perhubungan yang wujud antara parti dan kepimpinan PKR.

Tetapi, sekiranya saya berada dalam situasi Datin Seri Wan Azizah, apakah saya mampu berfikir berbeza dengan suaminya, seorang penasihat tertinggi parti PKR?


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS