Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Selaku seorang warganegara Malaysia yang beragama Islam, yang berpegang kepada ajaran agama rasmi kami, saya merasa amat kesal dan dukacita mendengar kenyataan Datuk Seri Lim Keng Yaik yang mencadangkan bahawa pendidikan nasional yang berdasarkan kepada agama diketepikan sebelum perlaksanaan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.

Padahalnya, sebagai seorang menteri kabinet kanan, beliau perlu menyokong dasar-dasar kerajaan di bawah gabungan padu Barisan Nasional, untuk membangunkan satu sistem pelajaran nasional yang utama, berkesan dan unggul untuk kita menghadapi cabaran-cabaran globalisasi dan kemajuan teknologi (ICT) pada abad ke-21 yang semakin mencabar.

Sebaliknya, beliau juga perlu peka terhadap hasrat kerajaan amnya untuk membina sebuah bangsa dan negara yang maju, makmur dan bersatu-padu demi kepentingan negara. Apa telah terjadi dengan sahabat perjuangan kita Datuk Seri Lim Keng Yaik?

Sebagai seorang penyokong kuat kerajaan Barisan Nasional, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan syabas dan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang telah membalas kenyataan Keng Yaik dengan cepat dan tepat.

Kenyataan kedua-dua pemimpin kita ini adalah amat penting sebelum sesuatu pihak yang mungkin mengambil kesempatan untuk mengpolitikkan isu ini atas agenda peribadi masing-masing. Maklumlah, pemilihan pucuk pimpinan parti mereka semakin dekat untuk mengekalkan kuasa dan kedudukan dalam parti masing-masing. Akan tetapi pemilihan

parti Umno masih jauh lagi.

Akhir kata, saya harap kenyataan Keng Yaik yang mengejutkan itu hanyalah dibuat secara peribadi dan bukan sebagai suara rasmi dan dasar parti Gerakan.

Berdasarkan kepada kenyataan Keng Yaik itu, sudah jelas beliau tidak langsung memahami konsep utama perjuangan Pak Lah yang berkempen keras untuk menjelaskan prinsip-prinsip Islam Hadhari ke arah mencapai satu bangsa dan budaya Malaysia yang berwawasan tinggi untuk semua rakyat yang cintakan negara ini.

Malaysia boleh dan akan terus berjaya melalui perpaduan padu yang tidak berbelah-bagi antara rakyatnya yang berbilang bangsa, agama dan budaya.

ADS