Pemuda AMANAH Kedah tawar bantuan rawatan buat Hadi

       

Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Kedah, merasa gusar dengan kenyataan Ustaz Idris Ahmad yang menyatakan presiden PAS tidak dapat hadir ke parlimen atas alasan kesihatan.

Kami merasa terpanggil untuk menawarkan rawatan kepada Tuan Guru Presiden PAS dengan bantuan doktor yang ada bersama AMANAH.

RUU 355, merupakan satu isu yang sudah merobek kesatuan umat Islam di Malaysia sejak ia mula-mula diuar-uarkan oleh presiden PAS melalui usul beliau.

Menyedari pentingnya isu ini, kami merasakan amatlah perlu untuk presiden PAS menyempurnakan peluang pembentangan ini di parlimen secepat mungkin, agar kesatuan umat Islam di negara ini kembali pulih seperti sebelumnya.

Mengambil semangat khalifah Salahuddin Al-Ayyubi yang terkenal dalam sejarah, apabila beliau menghantar doktor peribadinya untuk merawat raja pihak musuh, maka Pemuda AMANAH merasakan adalah lebih awla untuk membantu merawat Tuan Guru Presiden yang bukan sahaja rakan, tetapi murabbi kepada ummah ini.

Kami berharap agar, pihak presiden PAS dapat memberi maklumat secepat mungkin, supaya kami boleh mengatur perjalanan doktor kami kepada beliau dengan segera.

Harapan kami, agar beliau sudi menerima bantuan yang tidak seberapa ini supaya beliau dapat menunaikan janji untuk membentangkan pindaan RUU355 yang dicanangkan sejak sekian lama.


DR NAJMI NADZIR anggota biro kesihatan, Pemuda AMANAH Kedah.

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda