Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Saban hari ada saja pemimpin Umno atau mereka yang pernah berjuang menentang komunis, muncul di dada akhbar, menghentam pemimpin DAP, Ronnie Liu, yang dikatakan telah memutarbelitkan fakta sejarah kemerdekaan tanahair.

Bermula dari kecaman oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin - yang mendakwa Liu mengiktiraf perjuangan ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng - media milik kerajaan seakan tidak cukup puas melanyak Setiausaha Antarabangsa dan Ketua Biro Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan parti DAP itu.

Ramai yang memahami isu ini hanya semata-mata berdasarkan ulasan (atau lebih tepat 'kecaman') yang dibuat oleh Khairy. Saya amat yakin, tidak ramai pemimpin Umno atau mereka yang turut memberi komen, telah membaca artikel asal yang ditulis oleh Liu.

Saya yakin sesiapa sahaja yang membaca artikel Liu dengan minda yang terbuka, pasti faham intipati dan maksud hati yang ingin disampaikan oleh beliau. Hanya sekadar satu daripada 20 perenggan dalam artikelnya menyebut nama Ching Peng.

Itupun sekadarnya menyatakan disebabkan oleh tekanan yang diberikan oleh PKM yang dikepalai Ching Peng dan pejuang kemerdekaan yang lain (merujuk kepada Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Angkatan Pemuda Insaf (API) membuatkan British memilih untuk berunding dengan parti Perikatan (Umno, MCA dan MIC) agar 'kemerdekaan tanpa pertumpahan darah' dapat diberikan.

Itu sahaja. Hanya sebarisan ayat yang memaparkan fakta sejarah. Yang pasti, Liu tidak sesekali mengagung-agungkan nama Chin Peng sebagai 'pejuang kemerdekaan' seperti yang ditohmah di dalam media arus perdana. Malahan, Liu turut memperjelaskan bahawa peranan yang dimainkan oleh PKM turut diiktiraf oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor sendiri ketika menandatangi perjanjian keamanan dengan PKM.

Jadi, apa masalahnya? Sesiapa sahaja, baik Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman, Tun Sambanthan atau Tun Tan Cheng Lock ataupun pejuang-pejuang yang tidak dikenali sama ada sebagai Askar Melayu atau sekadar ' Homeguard ' setiap orang adalah sebahagian dari fakta sejarah kemerdekaan negara kita.

ADS