Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Benarkah kes AP kereta hanya masalah peribadi antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Rafidah Aziz? Kalau betul begitu, nampaknya ia hanya satu isu kecil yang tidak wajar diperbesar-besarkan hingga ke Parlimen.

Namun rakyat menilai isu ini dan melihat ada sesuatu yang besar di sebaliknya. Isu ini sebenarnya sedang menguji ketegasan dan kewibawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Rakyat sedang melihat adakah Rafidah akan dilindungi oleh Abdullah atau beliau akan bertindak ke atas menteri berkenaan.

Sebagi respons kepada isu AP ini, kerajaan mengumumkan rangka dasar automotif negara baru-baru ini. Jika kerajaan menganggp pengumuman tersebut akan menutup isu AP ini, itu adalah satu kesilapan besar.

Rakyat masih menunggu apa tindakan yang akan dikenakan ke atas Rafidah yang didapati gagal memberi penjelasan dan menangani isu ini dengan baik. Rafidah gagal menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat!

Abdullah perlu melakukan sesuatu jika beliau mahu dilihat sebagai seorang pemimpin berwibawa dan perihatin terhadap kepentingan awam dan negara.

Kalau Perdana Menteri membiarkan kes AP dan Rafidah ini berlalu begitu sahaja, maka kerajaan dan negara akan hilang wibawanya.

Jika betul Abdullah inginkan kerajaan dan negara yang bersih sebagaimana konsep Islam Hadharinya, maka bertindaklah terhadap mereka yang bersalah dalam isu AP ini. Dan bertindaklah sekarang sebelum terlambatnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS