MAS rugi lagi? Lalu dicadangan jumlah pekerjanya dikurangkan. Kenapa tidak kurangkan jumlah pengurusan atasan?
Kenapa perlu ada 'Business Class' untuk penerbangan domestik? Untuk memuaskan hati VIP?. Bagi penerbangan yang tidak sampai dua jam, sepatutnya tidak perlu 'Business Class', hanya membuang masa dan sumber.
Kikislah imej syarikat kerajaan, jadilah syarikat yang berorentasikan keuntungan. Tumpukan perhatian kepada kepuasan pelanggan.
Kepada mereka yang memperjuangkan agenda Melayu, janganlah berfikiran kolot. Tiada yang hendak dibanggakan jika syarikat sentiasa rugi.
SIA untung, Cathay Pacific untung, AirAsia pun untung, tiba-tiba MAS rugi. Jangan beri alasan minyak mahal atau merepek dengan jawapan yang hanya mendedahkan kebodohan diri sendiri.
Agaknya jika ada bursa saham yang khusus memperdagangkan saham syarikat penerbangan, lakukah saham MAS?
