ieatmusic + VIMA = INDIE
  Fashion and Retail Predictions for 2009
  Chiang Mai on a Budget
  Top 10 Scariest Movies Ever?
  Christmas 2008 at Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  The SPIRIT Review
  Motherjane -Best International Act Nominee (VIMA)
  Win Exclusive Passes to Attend The VIMAs (Malaysia's First Indie Music Awards).
  Stills from Valkyrie
  Invitation to Cisco SMB Connections - Improving Business Operation (15 Jan 2009)
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Rujuk Auku kepada umum
Ali Bukhari Amir | Jan 9, 06 5:17pm

Kenyataan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM, Naib YDP Persatuan Mahasiswa UM, YDP Majlis Perwakilan Pelajar UKM (Kosmo, 15 Dis, hal. 3) tentang kewajaran Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dipinda dan dikaji semula adalah dirujuk.

Pertamanya, adakah kenyataan itu dikeluarkan setelah berhasil mendapat keizinan dan kelulusan universiti dan HEP? Atau kenyataan itu hasil perbincangan sesama anggota MPP UPM yang lain? Atau adakah kemungkinan ia pandangan peribadi?

Kedua, adakah kenyataan itu hasil perbincangan anda dengan pihak universiti dan Hal Ehwal Pelajar?

Ketiga, adakah anda pernah membuat satu perjumpaan dengan Menteri Pengajian Tinggi atau dengan Setiausaha Parlimen Menteri Pengajian Tinggi sebelum ini mengenai pandangan anda itu? Jika ada, sila maklumkan tarikh atau maklumat lain yang difikirkan perlu bagi memudahkan rujukan dan perbincangan di masa depan.

Keempat, merujuk kenyataan Abdul Manaf Ariffin (YDP MPP UPM), “KPT tak perlu menggubal Auku semata-mata melayani desakan segelintir mahasiswa yang merasakan Auku mengongkong mereka.”

Adakah saudara atau MPP UPM pernah membuat kajian rasmi berhubung pelajar yang menolak Auku selama ini? Apakah yang menyebabkan saudara menganggap hanya segelintir yang menolak Auku?

Adakah satu ukuran atau tafsiran tertentu yang menyebabkan kita boleh mengukur majoriti/minoriti yang menerima/menolak Auku di pihak MPP UKM?

Kelima, adakah semua pimpinan mahasiswa kini bersedia mengadakan satu kajian ala ‘Gallup poll’, pungutan suara dan membuat temubual ‘in person’ demi mendapatkan keputusan secara ijmak – berapa ramai warga IPT yang menolak dan menerima akta ini?

Kita harap mahasiswa yang menang bertanding dalam pilihanraya kampus dapat ‘menjawab’ persoalan ini, kerana amanah kepimpinan itu suatu ‘tanggungan’. Siapa yang menanggung beban amanah kepimpinan, harus berani menjawab. Itulah ‘tanggungjawab’ utama yang mesti diselesaikan.

Iaitu, mereka haruslah berani serta bersedia pula menjawab soalan secara berilmu berhikmah daripada mahasiswa.



Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner