See Feel Think Do
  ieatmusic + VIMA = INDIE
  Fashion and Retail Predictions for 2009
  Chiang Mai on a Budget
  Top 10 Scariest Movies Ever?
  Christmas 2008 at Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  The SPIRIT Review
  Motherjane -Best International Act Nominee (VIMA)
  Win Exclusive Passes to Attend The VIMAs (Malaysia's First Indie Music Awards).
  Stills from Valkyrie
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Bersatu untuk mansuhkan Auku
Robert | Feb 22, 06 4:00pm

Merujuk kepada surat Saudara Chua Hock Kuan yang dipapar di malaysiakini, saudara Chua berkata bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) sebagai panduan, bukan penghalang. Adakah pandangannya betul dan rasional?

Auku dianggap sebagai garisan tepi padang bolasepak kerana ia digunakan untuk memberi garis panduan dan batasan kepada mahasiswa berpersatuan di samping mendisiplinkan mahasiswa dalam menceburi apa aktiviti sekalipun.

Peraturan bola sepak adalah adil dan berperikemanusiaan, tetapi adakah Auku adil dan berperikemanusiaan? Laginya, peraturan bola sepak dibincang dan disetujui oleh semua pemain bola sepak, manakala Auku langsung tidak dibincangkan dan dipersetujui oleh pelajar. Sebaliknya ia mengambil hak mereka bersuara.

Chua juga berkata sebagai mahasiswa kita terpaksa akur dengan peraturan termasuk Auku. Ini adalah tidak rasional sekali. Adakah mahasiswa sebuah mesin? Adakah mahasiswa tidak tahunya berfikir secara waras?

Adakah undang-undang yang berat sebelah harus dipatuhi? Saudara perlu akui tujuan utama Auku adalah memberi kuasa mutlak kepada menteri dan menyekat hak politik pelajar.

Auku harus dibincang dan ditentukan oleh mahasiswa-mahasiswi dan pensyarah. Ini kerana merekalah yang memahami apa yang baik, buruk dan sesuai untuk mereka.

Saudara Chua juga menghuraikan tugas mahasiswa yang lebih penting iaitu belajar dan mencapai keputusan yang baik berbanding rakan sebaya yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat ini. Adakah ini benar?

Apa gunanya berpendidikan universiti dan mewndapat 100 peratus markah dalam peperiksaan kalau tidak mahu menyuarakan kebenaran.

Mereka yang cuba membezakan tanggungjawab mahasiswa hanya perlu belajar dan bukan mahasiswa boleh berpersatuan sebenarnya cuba mewujudkan diskriminasi dan tidak mementingkan kehidupan rakyat.

Auku harus dimansuhkan dari sekarang juga. Semua pelajar dan pensyarah harus duduk semeja dan membincangkan satu piagam dan undang-undang yang melindungi semua hak orang selepas Auku dimansuhkan.



Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner