Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan baru-baru ini amat tidak munasabah dan mengecewakan rakyat Malaysia. Apa yang dikatakan dalam ucapan dan penjelasan Perdana Menteri (PM) serta Timbalan Perdana Menteri (TPM) pula seperti merendah-rendahkan kita semua.

Hampir semua rakyat Malaysia tahu melayari Internet dan ramai pula yang tinggal di negara luar bertahun-tahun lamanya. Bila harga barangan naik, kerajaan mesti berkata, harganya masih rendah berbanding dengan negara jiran lain.

Mereka selalu membandingkan Malaysia dengan Amerika, UK atau Singapura. Di sana gaji mereka lumayan, berbanding apa yang diberi oleh Malaysia. Harga barangan amat murah di Amerika sebagai sebuah negara paling maju.

Mungkin PM dan TPM tidak pernah rasa keperitan rakyat kerana tidak pernah membelanja wang gaji mereka seperti kita kerana semuanya ditanggung. Harga minyak yang naik 30 sen seliter, bermakna kenaikan RM1.20 segelen secara mendadak. Harga minyak kini RM1.92 x 4 = RM7.98 segelen.

Bandingkan dengan Amerika yang sekitar AS$2.20 AS$2.35 sahaja segelen. Seorang guru atau kerani boleh mendapat gaji AS$3,000 sebulan dan boleh berbelanja macam-macam. Telur cuma AS$1.20 sahaja untuk 18 biji, daging hanya AS$2 sepaun, kereta jenama Amerika yang sederhana cuma AS$12,000 manakala yang diimport berharga antara AS$30,000 hingga AS$50,000. Semasa saya bekerja di USA selama beberapa tahun, saya boleh mampu beli Mercedes, tetapi apabila balik ke Malaysia, hendak beli sebuah pun pitam rasanya...

Layarilah Internet untuk membandingkan harga dan barulah kita sedar bagaimana kita terpaksa mengikat perut.

ADS