Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kenaikan harga petrol baru-baru ini disebabkan kantung kewangan negara telah kering oleh perbelanjaan yang tidak berhemah oleh Kerajaan.

Banyak projek-projek yang dijalankan semasa zaman Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mendatangkan pulangan pelaburan dan tidak mengembangkan ekonomi Malaysia.

Projek-projek yang dijalankan lebih kepada mercu-mercu tanda kebanggaan yakni tugu-tugu peringatan bagi melambangkan Malaysia maju dengan adanya bangunan-bangunan tinggi dan canggih ditambah dengan projek Mat Jenin, pensyarikatan agensi kerajaan dan menyelamatkan syarikat kroni-kroni Kerajaan.

Contoh yang boleh dilihat ialah seperti Putrajaya, KLCC, MSC, Komplek Sukan Bukit Jalil, Cyberjaya, E-Village, MSC, Indah Water, MAS, Bank Bumiputra, Formula 1 dan persidangan antarabangsa yang tujuannya untuk menunjuk-nunjuk dan bukan mengembangkan ekonomi itu sendiri.

Ditambah dengan gejala rasuah yang memang menjadi lumrah kerajaan maka banyak projek- projek kerajaan yang terbengkalai dan perlu dibaikpulih. Ini menambah perbelanjaan Kerajaan dalam melaksankan sesuatu projek. Objektif setiap projek dilaksanakan adalah untuk memperkayakan syarikat-syarikat anak-beranak, saudara-mara dan sahabat andai dan bukannya secara jujur membangunkan negara untuk keselesaan rakyat.

Pemimpin-pemimpin yang mempunyai jawatan di dalam parti atau pun di dalam kerajaan menjadikan pangkat dan kuasa sebagai suatu cara untuk mencari kekayaan.

Oleh itu jika Kerajaan ingin rakyat berkorban, eloklah para-para pemimpin yang sedia ada berubah dahulu dan bertaubat nasuha supaya kerja yang dibuat benar-benar ikhlas dan tidak sebagai batu loncatan untuk mengaut kekayaan.

ADS