Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahamd Badawi, dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya ingin menarik perhatian Datuk Seri berkenaan krisis dalaman MIC berkaitan perebutan jawatan presiden dan timbalannya.

Untuk makluman Datuk Seri, saya adalah salah seorang ahli MIC yang setia dan sentiasa mengambil tahu setiap perkembangan parti.Saya memohon jasa baik Datuk Seri, selaku Presiden Barisan Nasional agar dapat campur tangan bagi menyelesaikan masalah dalam parti MIC.

Sebagaimana yang Datuk Seri maklum, Datuk Seri Samy Vellu dan Datuk Subramaniam telah memegang jawatan Presiden dan timbalan selama 26 tahun. Mereka telah bersama-sama berusaha keras dan bertungkus lumus menaikkan parti MIC dan mengatasi segala permasalahan dalam parti.

Saya agak musykil apabila tiba-tiba Datuk Seri Samy Vellu telah menamakan Datuk G Palanivel untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden, sedangkan Datuk Subramaniam adalah timbalannya sendiri!

Saya sangat berharap Datuk Seri dapat campurtangan dalam kekalutan ini dan saya berharap ianya dapat diselesaikan dengan baik. Bagi saya agak jelas Datuk Seri Samy Vellu keberatan melepaskan jawatannya tetapi berhasrat 'mengganti' timbalannya yang telah setia berkhidmat bersama-samanya selama 26 tahun.

Tidak keterlaluan jika saya dan ahli-ahli MIC menginginkan peralihan pimpinan setelah 26 tahun Datuk Seri Samy Vellu memegang jawatan presiden. Wajar rasanya tempat Datuk Seri Samy Vellu diganti oleh Datuk Subramanian yang telah banyak membantu beliau dan berusaha menerajui parti sehingga pada peringkat yang membanggakan ahli MIC.

Sebagaimana yang diketahui, pemilihan jawatankuasa dijadualkan Ahad ini. Sebagai veteran MIC saya tercuit dengan begitu banyak isu-isu perpecahan dan perbalahan yang semakin ketara dalam parti dari masa ke masa. Terdetik di hati apa yang akan berlaku sekiranya pergolakan ini menjadi tidak terkawal dan masyarakat India akan menerima kesannya. Berpecah-belah menjadi berpuak-puak padahal bernaung di bawah satu kepercayaan dan pegangan.

Rasa tidak puas hati kepada pemimpin MIC menjadikan tertubuhnya pelbagai parti baru. Adakah berbaloi mengekalkan Datuk Seri Samy Vellu, sedangkan masyarakat India semakin hilang arah haluan dan mula berpecah-belah. Pelbagai permasalahan timbul dan pergolakan semakin ketara. Di antaranya yang jelas dan nyata ialah:

  • Saya sangat berharap Datuk Seri Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional, dapat campur tangan dan menasihatkan Datuk Seri Samy Vellu agar melepaskan jawatannya di atas permintaan ramai. Ini untuk kebaikan parti MIC dan masyarakat India sendiri dan Datuk Seri Samy Vellu perlu bertanggung jawab di atas perpecahan yang semakin menjadi jadi kini.

  • Saya berharap supaya Datuk Seri dapat menghalusi permasahan ini kerana ia melibatkan penyatuan masyarakat India yang semakin berantakan kerana tidak puas hati dengan corak pemerintahan Datuk Seri Samy Vellu.
  • Mereka berpendapat Datuk Seri Samy Vellu wajar melepaskan jawatannya kerana beliau bertanggungjawab di atas perpecahan kaum India yang semakin hari semakin ketara berikutan banyak masalah di kalangan mereka tidak diselesaikan walaupun telah begitu lama memberi peluang kepada Datuk Seri Samy Vellu.
  • Saya berharap Datuk Seri sendiri campurtangan dalam hal ini dan menyelesaikan perkara ini dengan aman. Isu ini sebenarnya lebih serius dari yang disangkakan. Jelas sekali Datuk Seri Samy Vellu banyak menyingkirkan orang kuat MIC yang menyokong Datuk Subramaniam, menutup cawangan dan mereka yang tidak menyokongnya, dilayan dengan buruk.
  • Datuk Seri Samy Vellu telah lama memipin dan beliau wajar menyerahkan jawatannya kepada Datuk Subramaniam memandangkan timbalannya itu telah lama berkerja dengan baik.
  • Sekian untuk makluman dan pertimbangan Datuk Seri.

    ADS