Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Keputusan kabinet untuk membatalkan projek jambatan baru di Selat Johor bukan keputusaan rakyat sepertimana yang di wartakan oleh akbar tetapi adalah keputusan kabinet sahaja.

Buktinya mana ada rakyat yang mengadakan bantahan secara terbuka berkenaan projek tersebut memintanya dihentikan. Yang mendapat bantahan rakyat ialah kenaikkan harga petrol dan gas memasak. Buktinya mereka berkumpul di KLCC untuk memberitahu kerajaan keperitan yang mereka alami.

Secara jujur dan ikhlas ingin saya katakan inilah pertama kali dalam hidup saya di mana rakan-rakan, saudara mara dan kenalan yang baru saya kenal semuanya merungut perkara yang sama iaitu 'financial problem' sejak pentadbiran Pak Lah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memang ada melakukan kesilapan, tetapi rakyat tidak susah macam sekarang. Kita kena ingat, negara kalau mahu maju perlu ada projek mega. Dengan adanya projhek baru semua orang boleh hidup. Dengan erti kata lain seorang pemimpin mesti ada 'business minded' baru negara boleh maju.

Ayuh Pak Lah, contohi Dr Mahathir. Kita mesti bergerak pro-aktif dan dinamik. Ini bukan zaman untuk ber-retorik.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS