Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Memang benar ramai rakyat Malaysia yang berminat untuk bekerja di luar negara disebabkan gaji yang ditawarkan jauh lebih baik berbanding dengan Malaysia.

Tetapi, pernahkah kerajaan mengapa ramai rakyat Malaysia yang meninggalkan Malaysia? Banyak faktor yang menyebabkan rakyat Malaysia lebih berminat bekerja di luar negara.

Dibawah adalah faktor yang berkemungkinan menyebabkan rakyat Malaysia lebih berminat bekerja diluar negara:

  1. Ekonomi - Rakyat Malaysia bekerja di negara-negara yang mempunyai ekonomi yang baik dan stabil berbanding dengan Malaysia.

  • Pengangkutan awam - sistem pengangkutan awam adalah penting untuk menjamin perkerja-pekerja dapat sampai ke destinasi perkerja masing-masing. Contohnya Singapura, ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura berpuas hati dengan sistem pengangkutannya yang sistematik dan tiada kesesakan lalulintas.
  • Inflasi - Keadaan inflasi yang teruk melanda Malaysia beberapa bulan yang lalu disebabkan kenaikan minyak dan elektrik juga faktor yang menyebabkan rakyat malaysia ingin bekerja di luar negara. Ramai pekerja yang berkelayakan Ijazah dan yang mempunyai gaji RM3,000 sebulan merungut kerana gaji mereka tidak pernah naik dan hanya cukup makan sahaja. .
  • Peluang pekerjaan - kadar peluang pekerjaan yang tinggi di luar negara telah menarik perhatian rakyat Malaysia. Peluang pekerjaan di Malaysia tidak tinggi dan lebih kurang 80,000 graduan tidak mempunyai perkerjaan dan graduan terpaksa mencari pekerjaan yang langsung tidak berkaitan dengan jurusan mereka.
  • Berdasarkan faktor di atas, kerajaan perlu menandatangani masalah dalaman negara dengan serius sebelum negara ini kekurangan pekerja tempatan yang profesional.

    ADS