Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Membaca jawapan kerajaan berhubung isu'jambatan bengkok' dalam Utusan Malaysia dan Berita Harian , saya berasa amat sedih kerana ia membuktikan kerajaan tidak bijaksana langsung dalam memberi jawapan isu yang mendapat perhatian ramai itu.

Saya meleleh air mata membaca hujah-hujah yang diberikan sebab sangat lemah dan tidak meyakinkan rakyat.

Kenapa tidaknya, jawapan yang ditumpu untuk mendedahkan kelemahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bukan untuk menjelaskan dengan hujah-hujah yang kuat dan rasional kenapa pembinaan jambatan itu perlu dibatalkan.

Paling menduka citakan ialah nasihat Jabatan Peguam Negara. Jika ada betul nasihat seperti itu, bererti Malaysia mengiktirakafkan hak pertuanan Singapura ke atas wilayah Malaysia.

Siapakah dalang yang menghasilkan dokumen yang menggadai maruah bangsa dan mencemarkan imej kerajaan Perdana Menteri Datuk Abdullah Ahmad Badawi ini?

Semakin jelas kini bahawa dalam kerajaan dan di sekeliling Abdullah dipenuhi orang-orang tidak berkualiti atau penyokong-penyokong yang membawa rebah kepada beliau. Mungkin juga di kalangan mereka itu orang-orang yang bekerja untuk mensabotaj beliau demi kepentingan orang tertentu. Tiada kawan yang setia dan tiada musuh yang kekal dalam politik. Kadang-kadang yang semeja adalah musuh dan tidak semeja adalah kawan. Begitu juga sebaliknya.

Saya adalah orang yang berkecuali dalam isu perbalahan Abdullah-Dr Mahathir ini. Menyokong Abdullah dan menghormati Dr Mahathir.

Tetapi apa yang tidak betul dan siapa yang buat silap akan dinilai dengan sebaik-baiknya serta perlu ditegur, tidak kiralah samaada ia bekas pemimpin atau sedang memimpin negara.

ADS