• Beri Pak Lah masa buat perubahan
  • Jeevan Supramaniam
  • 1155803896
  • Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Muhamad perlu menyedari beberapa perkara sebelum menuduh pentadbiran semasa secara melulu.

    Dr Mahathir sendiri pernah menyatakan, perlu memberi masa secukupnya kepada seseorang pemimpin yang mengetuai sesebuah negara menerajui negara dengan berkesan.

    Usia pemerintahan Pak Lah baru lebih dua tahun. Tidak mungkin beliau dan barisan kabinetnya tahu segala-galanya, sama seperti masa Dr Mahathir mengambil alih tahta negara selepas Tun Hussein Onn dulu.

    Ketika itu ramai berasa takut kerana ada dakwaan kononnya Dr Mahathir seorang 'ultra'. Mantan Perdana Menteri Singapurapun pernah melebelkan Dr Mahathir sebagai 'ultra Melayu'.

    Tetapi peredaran masa membuktikan betapa manisnya pentadbiran Dr Mahathir. Pembangunan sangat pesat dan populariti meluas di kalangan masyarakat antarabangsa. Dr Mahathir medorong rakyatnya rajin bekerja. Dengan mata kasar kita boleh nampak kemajuan kaum bumiputera dalam pemerintahannya dan bukan bumi juga menikmati segala peluang di negara ini.

    Tetapi apa sudah jadi pada Dr Mahathir sekarang? Mengapa pembatalan projek jambatan itu menjadikan beliau tidak senang dengan kerajaan. Tidakkah melaksanakan atau memebatalkan projek itu hak kita. Mungkin Perdana Menteri kita mempunyai agenda tersendiri dalam pembatalan projek itu.

    Jika Dr Mahathir menuduh Pak Lah hendak menjual maruah negara, memang saya tidak bersetuju dengan pendapat itu. Mustahil Pak Lah hendak mengukirkan lembaran sejarah yang buruk bagi diri sendiri pada masa depan. Pak Lah juga mahu generasi akan datang menyanjungi beliau seperti kita menghormati Dr Mahathir sekarang. Setiap individu mempunyai cita-cita tersendiri.

    Dr Mahathir juga perlu menyedari, keputusan pilihanraya 2004 membuktikan, betapa seriusnya rakyat dahagakan perubahan pentadbiran. Tidak mungkin pentadbiran Pak Lah menghancurkan kepercayaan rakyat.

    Tumpuan kerajaan sekarang ialah mengurangkan beban inflasi dna kesan kenaikan harga minyak. Rakyat semakin tersempit akibat kenaikan harga barang.

    Oleh itu, daripada membina jambatan atau projek kereta api berkembar, lebih baik kerajaan mengurangkan beban rakyat dengan melaksanakan projek menjana sumber tenaga alternatif seperti tenaga nuklear, biodiesel dan sebagainya.
    • ECM Libra-Avenue: Questions PAC needs to ask
    • Umno crisis will benefit opposition
    • Dr M should seek own path in retirement
    • Mahathir, please bring back our dignity
    • Pak Lah just like Nelson Mandela
    • Open letter to PM on Scomi
    • Pak Lah, Dr M and Ali Baba�s caves
    • Umno spat merely a cover
    • PM�s post should be rotated
    • Pak Lah TV3 interview pointless
    • Why pick on an editor�s race?
    • Mahathir will affect NST's circulation
    • Mahathir is a hypocrite
    • Malaysia�s craving for a strong man
    • PMs come, PMs go, nation remains
    • Open letter of sympathy to Dr M
    • Dr M�s quit call amusing
    • Mahathir shameless
    • Dr M not racist about NST
    • Pak Lah has astonished us