Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sebagai seorang pemerhati politik, saya berasa terpanggil untuk memberi sedikit penjelasan kepada Naib Ketua Pemuda Umno, Saudara Khairy Jamaluddin.

Sekiranya cita-cita saudara amat besar di arena politik negara, saudara perlu memahami beberapa perkara sebelum berucap atau bertindak. Sejarah pernah membuktikan seseorang pemimpin yang terlalu fanatik perkauman, langsung tidak dapat berjaya.

Saudara juga perlu mempelajari dari bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau merupakan pengasas dan aktif dalam pertubuhan Abim, sebuah pertubuhan yang terlalu fanatik pada ketika itu. Tetapi lama kelamaan, Anwar mempelajari percaturan politik dengan bijaksana, dan berjaya hingga menjadi timbalan perdana menteri.

Beliau pernah melafazkan sekerat syair berbahasa Tamil dalam Parlimen semasa menbentang bajet negara satu ketika dahulu. Beliau juga pernah berucap dalam bahasa Cina untuk mencuri hati kaum Cina. Ini menjelaskan bahwa Malaysia hanya boleh ditakluk oleh seorang pemimpin yang liberal. Bukannya fanatik .

Saya pernah meneliti beberapa ucapan atau sidang media Saudara Khairy. Walaupun perkaranya kecil, tetapi kata-kata saudara tidak menyenangkan hati rakyat. Lebih berbau perkauman. contohnya: "Walaupun kita beragama Islam, kita membenarkan kaum lain membela anjing. Tetapi janganlah membiarkan anjing tu berkeliaran di luar rumah."

Ucapan saudara ini menggambarkan seolah-olah saudara seorang adalah kerajaan. Saudara perlu mengingati kerajaan kita terdiri daripada pemimpin dari pelbagai kaum. Apa yang paling tidak menyenangkan adalah saudara menjemput berdebat dengan mantan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng. Sepatutnya saudara perlu berdebat dengan pemimpin sebaya dengan usia saudara.

Saudara patut menghormati usia beliau dan sumbangannya kepada negara sebagai seorang menteri. Oleh yang demikian nasihat saya kepada saudara Khairy Jamaluddin, janganlah sentiasa mengingatkan apa yang saudara fikir adalah betul.

Semua orang ada potensi masing masing. Di dunia ini tiada yang lebih tinggi. Pokok lebih tinggi daripada rumput, awan lebih tinggi daripada pokok, matahari lebih tinggi daripada awan. Universiti Harvard lebih tinggi daripada Universiti Oxford.

Oleh itu saudara perlu mengambil instrumen lain daripada senjata perkauman di negara ini untuk kebaikan masa hadapan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS