Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sekian lamanya kita sering kali terdengar tuntutan-tuntutan dari individu-individu tertentu yang mengelar diri sebagai "Sultan Sulu" yang mahu menuntut Sabah (North-Borneo) dari Kerajaan Malaysia. Tuntutan-tuntutan mereka ini seringkali didukung oleh kerajaan Filipina.

Apa yang pihak kami ingin tegaskan di sini, saya yang bertindak sebagai penasihat khas kepada "Waris Sebenar Sultan Sulu" (Duli Yang Teramat Mulia Datu Raja Bongsu-II Ibni DYMM Sultan Aliuddin Haddis Pabila) dari Keluarga Maharajah Adinda, dan mendapat sokongan dari "Waris Keluarga Kiram" (Yang Mulia Datu Muedzul-Lail Ibni Sultan Mahakutta-Kiram) ingin menjelaskan, bahawa keluarga diraja Sulu yang sebenar ini tidak akan mahu menuntut Sabah..

Apa yang pihak kami ingin lakukan ialah mahu menuntut kemerdekaanj sendiri dari kerajaan Filipina. Ini yang lebih kami utamakan. Kerana rakyat Sulu sekian lamanya telah tertindas di bawah pemerintahan kerajaan Filipina. Rakyat Sulu yang berada di Sabah tidak menjadi kerisauan pihak kami. Kerana mereka boleh hidup dengan aman damai dan boleh mencari rezeki dengan baik kerana pemerintahan Malaysia tidak menindas rakyat Sulu.

Maka dari itu, sebarang tuntutan ke atas wilayah Sabah pada masa yang akan datang oleh individu-individu yang menyamar sebagai "Sultan Sulu" tidak perlu dilayan, kerana mereka bukanlah waris sebenar Sultan Sulu. Mereka tiada hak membuat apa-apa tuntutan dalam hak kesultanan Sulu.

Penulis adalah Penasihat Khas kepada DYTM Raja Bongsu-II, Keluarga Diraja Sulu.

ADS