Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Saya agak tertarik dengan penubuhan Gabungan Untuk Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang dilancarkan di parlimen pada 23 Nov yang lalu. Bersih yang dianggotai 17 pertubuhan dan lima buah parti politik (bukan-BN) telah mencadangkan tiga langkah reformasi penting bagi pilihanraya yang akan datang, iaitu:

  • Menggunakan tanda dakwat (seperti di India dan Indonesia) untuk mengelakkan penipuan mengundi berulang-ulang kali;

  • Menghapuskan undi pos kecuali bagi para diplomat dan pengundi di luar negara;
  • Menyemak semula daftar pengundi dan membetulkan sebarang kesalahan yang ada di dalamnya; menggantikannya dengan senarai yang telah dikemaskini dan boleh dipercayai.
  • Ketiga-tiga cadangan itu adalah satu permulaan bagi reformasi pilihanraya. Ia amat praktikal untuk dilaksanakan tanpa berlengah-lengah lagi.

    Walaupun Bersih telah memulakannya dengan langkah-langkah yang kecil sahaja, namun begitu ia sungguh bermakna dalam ertikata untuk memperbaiki imej tembelan yang sudah lama mencemari sejarah pilihanraya di Malaysia.

    Oleh itu, memanglah kena pada tempatnya menuntut pengerusi dan setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) meletakkan jawatan masing-masing sekiranya mereka gagal memberikan tindak balas yang positif terhadap ketiga-tiga cadangan tadi.

    Saya juga mahu mencadangkan supaya diuntut atau didesak semua kerajaan negeri menghidupkan semula pilihanraya kerajaan tempatan yang telah dibunuh pada tahun 1965 atas alasan konfrontasi dengan Indonesia (dulu).

    Mungkin kerajaan Kelantan patut mendahuluinya. Sudah sampai masanya Kelantan membuktikan kepada kerajaan negeri-negeri lain bahawa ia bersedia serta mampu menjadi amir dalam usaha pendemokrasian pilihanraya di Malaysia bagi menggantikan amalan pilihanraya tembelang yang ada sekarang.

    Masih belum terlalu lewat, bagi PAS khasnya, untuk melakukan perubahan ini.

    ADS