Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Saya ingin merujuk kepada surat bertajuk Jamaludin's conduct indefensible oleh K Selva Kumaran dan surat-surat lain berkaitan isu perkauman Menteri Sains dan Teknologi Jamaludin Jarjis atau lebih dikenali sebagai JJ.

Dari maklumat yang diperolehi dari para pegawai kementerian tersebut, JJ juga tertekan kerana didakwa berlaku banyak kes penyelewengan di kementerian di bawah jagaan beliau.

Pegawai di pejabatnya didakwa sering masuk campur dan mempengaruhi keputusan mesyuarat tender dan perolehan yang bernilai jutaan ringgit, supaya diberikan kepada syarikat-syarikat kroni atau yang berkepentingan.walaupun kosnya lebih mahal dan tidak sebagus penender lain.

Di bawah Kementerian Sains, geran atau tabung juga diberikan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk sains, teknologi komunikasi maklumat (ICT), biotek dan inovasi bernilai kira-kira RM4 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RM9).

Sehingga ini, para pensyarah universiti dan syarikat swasta yang dahagakan dana untuk menjalankan penyelidikan, mengeluh kerana hanya sebilangan kecil sahaja projek diluluskan kerana JJ sendiri dikatakan tidak percayakan jawatankuasa penilaian teknikal yang ditubuhkan dan kerja-kerja pegawai di bawahnya.

Banyak projek yang ditolak atas alasan tidak kukuh, tidak bernilai R&D atau projek tersebut memang hanya inginkan geran percuma sahaja. Ramai pegawai kanan dikatakan telah ditukarkan apabila enggan tunduk kepada tekanan pejabat JJ atau orang kanannya.

Sebenarnya, kementerian ini bermasalah sejak diambil alih oleh JJ kerana dia cuba mengkorporatkan sebuah kementerian kerajaan dengan mencampuri urusan dalaman yang sepatutnya di bawah kuasa seorang ketua setiausaha. Hinggakan pelantikan jawatan pengarah sekalipun, perlu dirujuk kepada menteri.

Oleh itu, diharapkan Pak Lah melantik menteri yang jujur, bersih dan tidak perkauman dalam barisan kabinetnya.

ADS