Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Saya merujuk kepada berita malaysiakini Howls of protest over 'nab the dog' contest .

Saya benar-benar terkejut dan sedih membaca berita ini mengenai 'pertandingan memburu anjing liar', yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Selayang. Lebih menyedihkan apabila saya ini adalah salah seorang penuntut perubatan veterinar.

Betapa terdesaknya habitat manusia kini yang berkongsi dan bersaing tempat dengan haiwan- haiwan, khususnya anjing dan kucing. Sebagai manusia yang dikurniakan akal oleh Allah, sebagai manusia yang mempunyai kuasa di tangan, kita dengan rakus bertindak mahu melenyapkan populasi 'mereka' ini secepat mungkin dari pandangan mata kita! Kenapa?

Pernahkah orang-orang yang dikatakan berkuasa dan layak membuat keputusan ini berfikir mungkin di luar sana ada jalan yang lebih baik? Jalan yang boleh menepati kebajikan kedua-dua pihak, manusia dan haiwan?

Sesungguhnya ada. Jika mereka ini benar-benar mahu, saya mencadangkan agar mereka ini duduk berbincang bukan hanya dengan sekutu mereka, tapi panggilah mereka yang memang terlibat dengan 'animal welfare'. Maksud saya mereka yang bukan hanya mengetahui mengenai haiwan ini, tetapi juga 'mengenali' mereka.

Banyak tempat dan individu yang boleh saya cadangkan, antaranya mereka dari Bahagian Perubtan Veterinar, UPM; Jabatan Perkhidmatan Haiwan, SPCA dan Klinik Kembiri, Setapak.

Sebelum saya mengakhiri, satu perkara yang ingin saya kongsi bersama-sama iaitu ingatlah kita sebagai khalifah di muka bumi ini, bukan hanya bertugas menjaga maslahat manusia, namun seluruh isinya tak kira flora mahupun faunanya. Ingatlah juga kita akan ditanya akan apa yang kita telah berikan kepada dunia.

ADS