Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perhimpunan agung Umno tahun ini dijangka menyaksikan suatu persidangan yang hambar. Ketakutan kepada kuasa media, khususnya jaringan terbaru bloggers, menyebabkan mereka enggan membenarkan siaran langsung sepanjang sesi perbahasan. Siaran langsung hanya dibenarkan untuk ucapan Pak Lah sahaja.

Sebuah akhbar arus perdana sekali lagi membawakan berita hangit dari kepompong persidangan Umno yang mengakui bahawa peraturan perbahasan baru tidak mengizinkan perwakilan membahaskan isu-isu panas seperti kes Altantuya, kes skandal video klip, kes jenayah dan keselamatan negara, isu harga barang naik dan banyak lagi isu yang tidak memihak kepada Umno ketika ini.

Kesuraman perhimpunan agung Umno tahun ini juga turut menyimpan teka-teki tentang nasib beberapa pemimpin Umno seperti Shahidan Kassim, Rafidah Aziz, Said Yusof, Mohd Khir Toyo, Adnan Yakcop, Mahadzir Khalid, Annuar Musa, Mustapa Mohamed, Idris Jusoh, Ghani Othman, Mohamad Hassan dan beberapa lagi.

Tingkahlaku pemimpin di peringkat negeri yang mengutamakan kroni dan banyak menindas ahli Umno yang tidak menyokong mereka, telah mewujudkan satu penentang di peringkat akar umbi.

Selain itu, skandal seks dan rasuah beberapa wakil rakyat Umno juga mencuri perhatian, khususnya kalangan ahli Umno yang sudah muak dengan perspektif negatif yang terpaksa mereka hadapi angkara karenah pemimpin terbabit.

Umno yang bangga menjulang keris dan sangsaka bangsa juga bakal menerima kejutan oleh lebih 100,000 di ibu negara pada 10 November ini.

Kedengaran juga di sebelah sana, beberapa pemimpin Umno dan ahli mereka ingin berada di Kuala Lumpur untuk melihat sendiri himpunan mega yang bakal diadakan itu.

Kepada ahli Umno yang tidak diberikan tempat untuk melahirkan ketidakpuashatian mereka dalam Umno, inilah masanya untuk anda bersama kami dan rakyat bagi mengembalikan keadilan dan demokrasi dalam negara ini.

Setakat ini ahli Umno di Kampung Berembang, Chubadak, Semarak, Rimba Jaya dan seluruh komuniti yang digelarkan sebagai 'setinggan' oleh pemimpin Umno, telah menyatakan komitmen untuk hadir bersama.

ADS